Tuesday, August 31, 2010

Cerita tentang masa lalu kau & aku: Our First Meet

      Berat untuk me ceritakan permulaan kisah cinta eLya & Kimi.. Tapi atas pertanyaan ramai pihak, eLya buka juga bagaimana bibit2 perkenalan kami dan seterusnya membawa kami ke alam percintaan yang penuh kesabaran dan dugaan.. Mungkin ada segelintir pihak yang tidak senang dan akan memberi tohmahan yang bukan2 terhadap hubungan kami.. Tapi ini adalah perkara paling terindah yang pernah terjadi dalam hidup Nur Elyani Binti Mohd.Puaat iaitu mengenali dan mencintai Mohd.Hakimi Bin Mazlan..


      Pertemuan kami bermula pada hari Khamis malam Jumaat bertarikh 5 April 2007 bersamaan dengan 17 Rabiulawwal 1428.. Masa tu eLya belajar kat International Islamic College course Diploma in Accounting.. Semua tu bermula masa eLya tumpang tidur di Villa An-Nur [rumah sewa untuk student IIC kepunyaan CEO IIC] sebab hari Jumaat ada presentation pementasan, group eLya wat persembahan tajuk Little Red Riding Hood and eLya pegang watak as mummy kepada Little Red Riding Hood..

      Malam yang sepatutnya eLya hafal skrip dan discuss about pementasan jadi lain lak.. Tu pun sebab Yien nak keluar dating dan dia ajak Lija teman (coz takut x lepas keluar).. Lija lak ajak eLya as peneman coz confirm2 lar Yien akan berkepit with her boy and abaikan Lija.. eLya yang mulanya malas nak follow coz krisis time kat class siang tadi menurut gak permintaan Lija..


      eLya, Lija and Yien menapak dari Villa ke kedai nasi ayam.. Kiteorang bertiga tunggu kelibat K sampai, sambil eLya and Lija merungut coz x nak balik lambat.. Lebih kurang 10minit K sampai.. Kiteorang pun naik kereta Proton Wira milik K.. K terus memandu sambil buat muka poyo and sombong.. Yien perkenalkan name K kat eLya and Lija dan sebaliknya.. eLya x berminat nak berkenalan sangat coz first meet lagi dah buat muka menggelabah mamat ni!

      Destinasi kami ke Bukit Ampang and kedai makan kat Gombak.. Time kat kedai makan tu lagi lah x boleh blah coz eLya kena duduk berdepan with K coz Lija cepat2 tarik kerusi yang berhadapan dengan Yien.. Selama eLya duduk berdepan with K eLya perasan K curi2 pandang eLya and eLya pura2 berlagak cam biasa.. eLya sedapkan hati (maybe K x sengaja terpandang eLya)..

      Sampai Taman Batu Muda Yien minta eLya and Lija keluar dulu (dah ajak teman banyak lak pe'elnya)..

nota kaki: Nama2 dalam cerita di atas adalah nama panggilan yang sebenar dan nama yang di ganti dengan huruf depan..
K dalam cerita di atas ialah Mohd.Hakimi

Rahsia - Kriteria yang perlu ada sebelum mula bercinta

x
 Kekuatan berfikir
- Cinta bermula dari fikiran kita. 
- Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. 


 Kekuatan untuk menghormati 
- Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau sesiapa saja kalau kamu tidak menghormati mereka.

- Orang pertama yang patut kamu hormati ialah diri kamu sendiri.
- Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diri ku?".
- Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?". 


♥ Kekuatan untuk memberi
- Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu.

- Cinta bukan bererti mata kamu berdua saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama-sama melihat ke satu tujuan.

- Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
- Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.
- Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih
dahulu.


♥ Kekuatan daripada sentuhan
- Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
- Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.

- Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

♥ Kekuatan untuk melepaskan 
- "Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia.

- Jika dia kembali kepada mu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".
- Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
- Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.
- Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takut ku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhi ku kerana hari ini adalah lembaran baru bagi hidup ku

♥ Kekuatan dalam komunikasi
- Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup mula berubah.

- Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya.
- Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
- Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 patah ucapan keramat : "Aku cinta Kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan perkataan itu kepadanya.
- Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, Siapa yang akan kamu telefon? Apa yang akan kamu katakan? Dan sekarang, Apa lagi yang buat kamu menunggu?

♥ Kekuatan dari segi komitmen

- Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakan kamu.
- Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
- Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan mu itu.

- Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan.
- Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.

♥ Kekuatan dari segi semangat
- Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.

- Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal. Tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
- Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya.
- Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.
- Pokok dari cinta dan kegembiraan yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat.

♥ Kekuatan dari rasa percaya
- Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.

- Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas dan takut. Orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
- Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.
- Bersikaplah seakan-akan hubungan mu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.

- Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?" Jika jawapannya adalah "Tidak!", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Rahsia - Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah di jalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
     

    Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner