Showing posts with label sugar glider. Show all posts
Showing posts with label sugar glider. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Kelantan and berakhirnya perjalanan hidup Wo di dunia...

  Lambat plak update entri kali ni.. Almaklumlah busy yang teramat sangat.. What happen to me? Becoz AGM meeting dah semakin hampir on 23rd of July 2011.. Ngeee... Seram ya amat! Tamao tamao! Ape pon x prepare lagi ni.. Haduiii!
  Owkey! Entri kali ni me nak bercerita about lastweek on 9th to 12th of July me pergi kampung encik Tunang at Kelantan.. OMG! Rasenye dah 6tahun me x balik Kelantan.. (walaupun me stay at Flat Sri Kelantan) Pagi Saturday me tetap bekerja coz kesiankan encik Boss nak settlekan AGM letter for invite all the residence come to the meeting.. encik Tunang and ibu Mertua Ku dah menunggu me at perkarangan Casa Mila dari jam 2p.m.. Owh! Me rasa me dah buat kesilapan yang besar coz biarkan ibu Mertua Ku menunggu hampir sejam kat dalam kereta sementara encik Tunang pulak menolong me kat opis, tanpa menginform ibu Mertua Ku yang beliau pelu tunggu.. DuH! Setel je keje me and encik Tunang bergegas with 2kotak surat yang perlu di pos.. Muka ibu Mertua Ku masam mencuka, terus me bukak pintu depan tempat ibu Mertua Ku duduk and terus salam mencium tangan mintak maaf banyak-banyak.. (ibu Mertua Ku senyum kelat, ni semua encik Tunang punya pasal x inform ibu Mertua Ku)
  Perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.. Me duduk tersepit with timbunan barang termasuk 2kotak surat yang perlu dipos tadi.. Sesampai je di Negeri Pantai Timur, suasana Kelantan 6tahun dulu dan kini banyak lar perbezaannya.. 1 of the thing yang buat me kagum with Kelantan, boleh dikatakan 100% poster iklan menunjukkan gadis a.k.a wanita memakai tudung.. Sentap hati mak nak! And of course lar me pon bertudung sepanjang masa di Kelantan (dalam rumah or perkarangan rumah encik Tunang x de lar me pakai)
  Pertemuan with family and saudara mara encik Tunang di Wakaf Aik menunjukkan tanda +ve.. But sayu hati me bertentang mata dengan Wo (nenek encik Tunang), sepasang mata itu memandang me dengan penuh mendalam seakan-akan berharap me mampu membahagiakan cucu kesayangan Wo..
  Sepanjang masa di Kelantan me dapat makan Nasi Kerabu, Nasi Serati and Nasi Ayam Pedas.. encik Tunang bawak me pergi round Wakaf Aik, Pantai Irama Bachok, Pantai Cahaya Bulan (encik Tunang belanja ABC Special and Keropok Lekor), KB Mall (encik Tunang belikan me kasut), Wakaf Che Yeh (encik Tunang belanja GCB Mc D), Cerana Villa (encik Tunang belanja 3 layer tea and Kuey Teow Lakna) and encik Tunang bawak me pergi Kota Bharu tengok kain untuk buat baju nikah (but x de yang berkenan dihati)..

  Luna Lulu bukan main happy lagi menjejak tanah with kesegaran rumput kampung.. If me terlepas pandang, mesti Luna dah digonggong si kucing bawak lari.. Me yang takot ngan kucing memberanikan diri kejar si kucing demi Luna Lulu! Macam-macam buah Luna dapat makan sepanjang kat kampung encik Tunang.. Yang paling seronok tengok Luna makan telur goreng without minyak..
  Tuesday pun tiba tiket me bertolak balik KL tepat jam 9p.m.. Rasa berat hati nak tinggalkan kampung encik Tunang.. Mengalir air mata me bila bersalam with Wo time tu.. Wo bertelekung and tengah mengiring, Wo nampak uzur sangat (umur lewat 70an).. Siapa sangka itu pertemuan kami yang terakhir? Wo telah pulang ke Rahmatullah pada pagi 18th July 2011 jam hampir pukul 3a.m depan mata encik Tunang sefamily.. Sebak me bila dapat mesej encik Tunang beberapa minit lepas Wo pergi.. encik Tunang nangis and berharap me pun turut ada.. But me memang x boleh cuti coz meeting tinggal kurang dari seminggu..

NotaKaki : Wo ialah nenek kesayangan encik Tunang coz encik Tunang membesar with Wo bila ibu Mertua Ku berhijrah ke Kuala Lumpur.. So, pemergian Wo merupakan 1 kehilangan besar dalam hidup encik Tunang..

Syyhhh! : Takziah buat encik Tunang (Mohd. Hakimi) sekeluarga... T_T

Monday, July 4, 2011

Luna

 Assalamualaikum.. w.b.t.. dan Salam Sejahtera..

  Me rasa me x pernah cerita pasal encik Tunang hadiahkan me Luna Lulu si Sugar Glider kan? Ok, kepada sesiapa yang x tahu apa itu Sugar Glider, sila baca info dibawah..

Serba sedikit mengenai info Sugar Glider.. Credit to http://tipshaiwan.blogspot.com
Sugar Glider diberi nama kerana ia lebih suka makanan yang manis(Sugar) dan kebolehan untuk meluncur(Glider). Di dalam habitat asal, Sugar Glider adalah haiwan yang tinggal di pokok, selalunya hidup berkelompok 15 hingga 30 ekor(tujuh dewasa dan anak-anaknya). Jantan dewasa akan menanda kawasan mereka dengan air liur dan bau yang dibebaskan oleh kelenjar yang terpisah di dahi dan dada dikeluarkan dengan 'keras'. Jantan lebih besar daripada betina dan panjang mereka dari hidung hingga hujung ekor dalam lingkungan 24 - 30 cm.

Haiwan ini banyak dijumpai di seluruh Utara dan Timur bahagian Australia, juga keliling Pulau Tasmania, Papua New Guinea dan juga Indonesia. Mereka boleh ditemui dimana-mana hutan yang mempunyai sumber makanan tetapi kebiasaanya dijumpai di hutan yang mempunyai Pokok Kayu Putih (Eucalyptus Tree). Sugar Glider adalah bersifat 'nokturnal' iaitu tidur di sarang pada siang hari dan aktif pada waktu malam. Pada waktu malam, dia akan memburu serangga dan juga haiwan vertebrata kecil dan makan getah manis


~ Biodata Luna LuLu ~
Name : Luna (inspired from Luna SailorMoon Cat).
Date of birth : 16/04/2011 (me agak je coz encik Tunang kata time dia beli on 16th June 2011, encik Jurujual kata genap 2months).
Place of birth : I'm not sure (encik Tunang kata, encik Jurujual bagitau my suggies grade AAA baka from Australia).
Sex : Female (Betina).
Favourite food : Apple Fuji + Daging Burger (jangan sesekali cuba memberi makanan yang masam, masin ataupun pahit).
Favourite drink : Honey Madu, Water Filter and Gliderade Water.
Hobby : Melompat, mencakar and memberi gigitan manja.



comel x? macam mama dia kan? hikhik

encik Tunang bagi me 1 week awal birthday present, agak kecewa coz time beday dah x de ape2 surprise walaupon sekeping kad ucapan.. whatever it is, me sangat bahagia with Luna.. Thankz a lot encik Tunang..

Thursday, June 9, 2011

Saya nak Sugar Glider!

  Hari ni encik Boss belikan me 3 tier document tray and 2 tier untuk encik Boss sendiri.. at my office ada lar sedikit kucar kacir becoz encik Big Boss and encik Big Big Boss nak datang melawat... Adeh! Memang cantik lar hasil kerja me kan? Time-time begini lar me baru teringat nak kemas meja and segala macam sampah yang bersarang dalam laci and atas meja ni.. Hahaha.. encik Big Boss and encik Big Big Boss tiba.. Sekali encik Big Big Boss bagi 1001 nasihat and mintak me improve my english language.. aiyarrrkkk! Me bukan apa, me just tak berapa nak arif english education (nada Usop Wilcha)..Almaklumlah me kan sekolah kebangsaan, bercampur pun dengan 1 kaum je (bukan sebab ada sifat perkauman or anti kaum-kaum yang lain yea!)..
  Ok, ini sudah lari tajuk! Tujuan me menulis entri kali ni sebab me nak luahkan rasa hati.. SAYA NAK SUGAR GLIDER! Err, apa itu Sugar Glider? Gula-gulakah? Kumpulan K-Pop kah? Semua salah! Sugar Glider adalah seekor haiwan.. Haiwan apa? Tupai terbang lar.. Gila apa nak bela tupai? Gila tak gila lar janji comel.. Hihihi..
  Apa yang buat me excited sangat ingin mempunyai seekor haiwan hutan ni? Sebab my neighbour merangkap adik angkat me ada membela.. 2 ekor ok! Yang me tau nama si jantan Zoey, yang betina tak tau lar pulak.. Masa encik adik angkat datang rumah with Zoey.. Hati me tak keruan, lalu tertanya-tanya jatuh cinta pandang pertamakah? Hahaha.. Lalu Zoey berkeliaran di tangan, bahu and seterusnya kepala.. Manjanya dia......
  So, me dah set dalam kepala otak SAYA NAK SUGAR GLIDER! So, me mula buat request dekat encik Tunang.. encik Tunang tak keberatan nak hadiahkan me Sugar Glider tu.. TAPI......! Ala, ada tapi ke? encik Tunang kata boleh bagi seekor sahaja.. Hurm, frust sebentar.. But, its ok lar janji dapat..
  Ini ialah Sugar Glider yang me mau.. Tapi ni bukan Zoey.. Just search image dekat internet and i really LOVE it!
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner