Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Resepi - Sambal Telur Ayam Rebus Goreng

  Mood memasak hari ni resepi berasaskan telur ayam coz weekend baru ni encik Suami beli telur ayam 30biji.. Memandangkan encik Suami balik petang ni, so haruslah me memasak untuk encik Suami kan? Dah la dalam seminggu, 4hari je encik Suami dapat luangkan masa dengan me.. Hari ni terlintas la nak masak sambal telur ayam rebus goreng untuk encik Suami.. Hope dia suka la! Untungnya me coz dapat suami yang x cerewet and makan apa je yang me masak, x kira sedap or x.. Senyuman and pujian je la yang sentiasa ada kat bibir dia lepas makan masakan me..
  U ollz boleh la try kot-ii selera kita sama.. Tapi sambal ni biasa je, yang penting makan dengan nasi putih yang baru dimasak memang superb la hasilnya bila bergabung and meletup kat lidah kita kan.. Selamat mencuba!

Sambal Telur Ayam Rebus Goreng

Bahan-bahan ( 3-6orang )

6 biji Telur Ayam - di rebus kemudian goreng sebentar
2 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
3 senduk besar Cili Kisar
3 sudu makan Udang Kering - di kisar
1 mangkuk kecil Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
Minyak Masak untuk menumis
Sedikit Belacan

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masak hingga sambal jadi pekat.
5. Tambah garam.
6. Masukkan telur ayam yang telah di rebus dan di goreng tadi.
7. Kacau hingga sebati.


Hasilnya..... Selamat menjamu selera! ^_^

Wednesday, June 20, 2012

Resepi - Hati Ayam Hot&Spicy

  Hari ni mood nak masak Hati Ayam nak tambah darah.. Nak masak kerang amatlah malas untuk mencuci selut-ii kat kerang tu kan? (eh, betul ke selut?) Tengah syok search kat http://www.myresipi.com terjumpa la resepi ni.. Hati Ayam Hot&Spicy.. Caraaa x nama makanan ni? Ok, malas nak cerita panjang me just share a.k.a copy paste.com je kat sini..

Hati Ayam Hot & Spicy


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1/2 kilo hati ayam
  • 30 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan & kesukaan )
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk perasa, garam dan gula
  • sedikit kicap manis
  • (hati perlu digoreng terlebih dahulu besama kunyit & garam)
  • sedikit minyak (untuk menumis)
  • 2 batang serai- dititik

Cara-cara

  1. kisarkan bawang merah,bawang putih, halia & cili padi.
  2. kemudian, tumis bahan yang telah dikisar tadi bersama-sama serai sehingga naik bau.
  3. setelah naik bau. masukkan sedikit kicap,garam, gula,& serbuk perasa. (jangan lupa masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering) dan didihkan.
  4. setelah mendidih, masukkan hati ayam yang telah digoreng dan kacau sehingga rata.didihkan seketika. setelah mendidih angkat dan sedia dihidang bersama nasi putih.


Ni hasilnya letak sikit pinggan bukan main besar lagi.. Failed jadi MasterChef!

P/S: Selamat menjamu selera!

Tuesday, May 29, 2012

Resepi - Asam Pedas Ayam

  Tengah sibuk google apa yang nak dimasak with bahan masakan utama iaitu ayam.. Tersinggah pula di http://www.myresipi.com .. Cari punya cari tertumpu la kat resepi 'Asam Pedas Ayam' Kalau x silap ada dinyatakan yang masakan ni popular dikalangan orang Johor.. Bagi me yang memang penggemar 'Asam Pedas' ni, memang x kan lepas peluang la nak mencuba masak resepi ni untuk encik Suami tercinta muah muah kan https://www.facebook.com/hakimimazlann .. Hasil masakan me untuk hari ni sementara menunggu kepulangan encik Suami, hasilnya memang boleh dipuji oleh diri me sendiri.. hehehe..

  Ok ni nak share la with u olls.. Apa yang me masak & menjadi kesukaan me, memang me x kan kedekut untuk share.. Terpulang pada u olls nak follow or x..

Asam Pedas Ayam


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor Ayam (potong 8/10/12)
  • 35 tangkai Cili Kering (gunting, rendam dan tos)
  • 7 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit
  • 1 inci Halia
  • Sebesar saiz ibu jari Belacan
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 50gm Daun Kesum
  • Sekuntum Bunga Kantan (belah 5)
  • Air Asam Jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan Air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lada Hitam secukupnya
  • Bendi/Terung

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup periuk sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam, gaul sebati
  6. Tambah air
  7. Akhir sekali, tutup periuk dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambah sedikit lada hitam

P/S: Selamat menjamu selera!
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner