Wednesday, December 28, 2011

Dari awal hingga ke akhir persiapan perkahwinan.. wink~

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera..
To all of you, moga bahagia seperti me hendaknya.. (Eleh macam la me sorang je yang bahagia kat dunia ni kan? Hehehe)

Untuk artikel kali ni me just nak cerita about prepare of my wedding.. Yang berlangsung pada 11.11.2011-nikah & inai, 12.11.2011-sanding & 25.12.2011-tandang.. Ada banyak yang nak dikongsi, especially budget and masa persiapan disediakan.. Believe it or not me search and settle everything less than 2months.. Haaa... Keje gilekan?
Ok 1st me nak bagitau me bukanla dipaksa berkahwin.. But asalnya me and encik Suami (cewah, da x da istilah encik Tunang da yewww!) memang plan untuk buat majlis yang complete for everything.. But tu impian kami 1year before kami buat keputusan untuk berkahwin.. Then bila tengok budget and me rasa untuk habiskan beribu dalam masa 2hari amatlah tidak berbaloi.. So kami buat keputusan untuk nikah and buat kenduri doa selamat je, x payah nak bersanding and salin itu ini.. Yang selebihnya biarlah dibelanjakan untuk kehidupan kami selepas berkahwin.. Cadangan kami ditentang hebat oleh encik ayah & Puan ibu and dipersetujui oleh Puan MIL (coz my MIL is seorang Ustazah yang lebih mementingkan hukum dari adat)..
  Jeng jeng jeng.. Akibatnya me and encik Suami cuba untuk lepas tangan dalam urusan majlis yang diatur oleh encik ayah and Puan ibu (amat-ii la x patut me buat gitu).. But dari segi kewangan me tetap hulur ibarat air yang mengalir untuk membayar deposit itu dan ini.. Me just lepas tangan untuk tidak ambil tau apa yang mereka plan je.. Bila mereka kata A untuk ini, me pun just sambil lewa and ok je.. Bila mereka kata B untuk itu, me just jawab encik ayah dan Puan ibu buatla apa yang terbaik untuk anakmu ini.. hehehe.. konon je la me cakap gitu.. me da lupe actually apa yang me cakap.. 

10.10.2010-merisik, + suai kenal antara family (pihak lelaki encik Suami, Puan MIL + Kak Su & abang Nik sefamily.. pihak me, encik ayah & Puan ibu).. Pertemuan di Restoran ayah Classic Seafood (dulu) berjalan dengan lancar, ada keserasian diantara kedua belah keluarga..
11.03.2011-bincang tarikh nikah, sanding, tandang & etc. (pihak lelaki encik suami, Puan MIL, Kak Su, abang Nik sefamily, aiN, Nek Wan Mary.. pihak me, encik ayah, Puan ibu, Tok Wan & Nek Wan)
Ogos 2011-Serahan setengah suku duit hantaran time ni Mie cousin encik Suami pun ade sekali turun kapal 6bulan coz operation..

  Start 17.09.2011 (1week before me minta tolong my besties Puan amy tolong GooGLe butik yang offer package mampu for me.. Setelah berchat fb sambil wat keje yang sentiasa berlambak kat office.. Berkenan with package yang di offer oleh Butik Pengantin RS..)

Pelamin dewan
3 pasang baju L/P
2x make up (nikah&sanding)
Aksesori:
3 kasut P, 3 veil P, 3 bunga tangan P, 3 tanjak L, keris L, barang kemas + perhiasan L/P
Total: RM2,100

ni info butik RS.. So sesiapa yang berminat boleh la contact Kak Syam untuk sebarang pertanyaan
  Still lagi dalam bulan 9 me order kad yang me x check size and cari-ii kat fb berkenan with kad wangi yang comel lagi awesome.. Kad tu me order kat SBS Kad Kahwin.. Me order 300pcs kad je.. Bukan nak invite orang ramai pun.. Tu pun ada la berlebih dalam 10pcs kot? Hehehe.. So disebabkan me order dalam kuantiti yang sedikit, kad ni dicharge sebanyak 0.50sen/pcs.. If ambil lagi banyak, lagi murah la.. Maybe dalam 1000pcs boleh dapat 0.35sen/pcs.. Harga ok.. Map pun me just ambil kat GooGLe je, malas nak lukis-ii walaupun diminta berbuat demikian oleh family.. Huhuhu.. But ...... Haaaaa bila da ada perkataan "BuT" ni mesti u olls agak hampa kan? But, service agak x memuaskan mana taknya me asyik nak kena betulkan ejaan je bagi kat diaorang.. Yang paling me bengang sekali at the end for make correction kat kesilapan nama yang asyik berulang.. Address yang sebelumnya ejaan ok jadi "Kulala Lumpus" and bila da dapat kad baru me tau.. Me tau la mereka tinggal kat "Kulim", tapi x kan x tau eja "Kuala Lumpur" kot? Frust! Fikirkan my weds yang kurang dari sebulan je nak prepare, me abaikan je la "Kulala Lumpus" tu.. X dan nak complaint apa.. Fikir lepas majlis nak complaint, nak plak diaorang dengarkan? So me terpaksa abaikan je la.. Bukan diaorang nak bayar balik half untuk kesilapan tu kan? T_T

ni contoh kad me yang di curi kat fb SBS Kad Kahwin.. sorry tuan punya! size kad ni kecil comel and the important thing is wangi..
tadaaa.. ni invitation card me.. comey x? x payah tengok belah dalam, nanti nampak "Kulala Lumpus".. wink~
  Untuk door gift a.k.a. goodie bag and bunga telur pun me search kat FB je.. Senang dan cepat.. Anyone yang berminat boleh la order kat DoorGift Love Roselle.. But page tu x da apa-ii banner yang boleh di copy and letak kat sini.. T_T
  Dekat DoorGift Love Roselle ni me amat berpuas hati wth price and service dia.. Sangat-ii mementingkan customer, me x pernah tengok pun orangnya.. Just beramah mesra melalui FB je.. Harga ok kot? Coz me x survey tempat lain da.. Memang x da masa untuk plan majlis lastminute camni.. Untuk 1st order me beli Beg Kain Cerut 500pcs RM250 + Plastik Kenduri 500pcs RM70 = RM240 (termasuk postage RM18 and me x ambil balance pun, berapa sen la sangat lagipun tolong orang kita niaga gak).. 2nd order me beli Bunga Telur Satin 100pcs RM65 + Uncang Candy / Telur 1000pcs RM190 = RM270 (termasuk postage RM8 and apa yang best, ada la akak ni bagi free gift sekali benda comel-ii kat me.. effect berpindah randah me tinggalkan gift tu kat rumah parents)..
So total untuk barang-ii kat bawah ni mencecah RM510.. Mahal ke murah? Bagi me yang memang suka shopink on9 tu, rasanya not bad.. wink~

Beg kain cerut + Plastik kenduri + Uncang candy/telur + Bunga telur satin
akak tu siap printscreen lagi apa yang me post kat wall dia and abadikan kat album "Customer Tersayang" ceh, OVER menipu!
Haa, bawah ni me share pic-ii baju yang me plan nak pakai and x jadi.. Semua ada cerita kat bawah ni.. Scroll je......
Time try baju di Butik RS-abaikan perut me yang x berkorset itu.. tettt~
Sepatutnya baju ni kami nak pakai time Majlis Bertandang..
Try punya try and da confirm nak..
Sekali da ada orang booking date yang sama la..
Kitaorang lambat sikit je!
Majlis pernikahan-white cream
Majlis resepsi malam-maroon 5
Majlis persandingan-pinky + purplelicious
Outdoor shooting (pihak lelaki)-greenish
(agak frust coz my photog weds yang diupah with price paling mahal x pandai wat keje + x de pose + x de outdoor shoot)


Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang
Pihak lelaki bagi pihak perempuan
1.Cincin + Jam tangan Fossil
2. Kain telekung
3. Kain ela
4. Handbag + Kasut
5. Perfume Salvatore Ferragamo + Set kecantikan
6. Coklat + Candy
7. Pulut semangat

Pihak perempuan bagi pihak lelaki
1. Jam tangan Fossil
2. Baju kemeja + Seluar slack
3. Wallet + Belt
4. Kasut
5. Perfume Salvatore Ferragamo
6. Set kecantikan
7. Coklat + Candy
8. Buah-buahan
9. Sirih junjung

  Banyak yang dirancang x sama with impian kami.. Duit hantaran kami nak RM8,888 coz sama-ii lahir tahun 88.. But Nek Wan kata susahkan orang nak mengira la plak (belum lagi me plan RM8,888.88 main syiling-ii kan? Ish!).. So, jadi RM8,000 sahaja ok! Dulang hantaran plak kami plan nak 11 belas 13 or 9 balas 11.. But x tau kenapa lepas decision me dimaklumkan encik Suami yang pihak me minta 7 balas 9 je.. Jammed betul la! Nak dimarah orang tua-ii, kang ada yang kena heart attacked plak.. Teneng~~~

  Lain-ii hal dalam majlis berjalan dengan lancar.. Just me frustrated with weds photog on my wedding yang macam x mesra pelanggan + buat kerja sambil lewa.. Agak kecewa with hasil kerja beliau yang tak pandai nak mintak me pose macam tu macam ni like weds photog yang biasa me tengok kat majlis orang.. Fikirkan beliau anak arwah kawan ayah je me bayar full gak RM1,500 walaupun niat dihati me x nak ambil pun gambar-ii tu.. Me ambil pakej paling mahal yang ada.. But layanan x padan with harga, sepatutnya bayar mahal layanan pun as usual kena mahal gak! Hasil snap x kurang cam photog biasa yang datang majlis me ambil gambar candid and give it to me for free.. Yang photog tu tau "Senyum.." "Duduk" Arrggghhhh!!!!! Memang x banyak pic berdiri and x da langsung pic pose ok! Akibatnya my family and their family x sebulu lagi and x boleh bertentang mata pun (effect sakit hati)..

Juruvideo arezeo.com pun wat hal gak dalam 2weeks nak dekat majlis boleh minta cancelled shoot for Nikah coz ada clash plak dengan nikah saudara dia kat Johor.. Padahal me dah deposit RM200 and book pun 6 ke 7bulan sebelum!!! Time nikah tu la yang me nak ada record and boleh dengar lafaz tu ulang-ii as memory.. So me cancelled terus, x payah nak video sangat la untuk sandingkan? Rawr~

  Bahagian gotong royong memasak and tolong kenduri kendara memang diluar jangkaan.. Sampai pakcik and makcik yang menolong pun x sangka budak-ii yang selalu lepak x tentu hala and pemalas pun ikut buat kerja and gunakan kudrat habis baik untuk menjayakan majlis me.. Wah, terharu... Majlis me dapat pujian melambung coz saudara mara, penduduk setempat, kawan-ii semua datang membantu hingga ke saat akhir.. Yang buat me kecewa my besties since sekolah (maybe sekarang sesuai diguna as ex besties x datang menjenguk pun me, da la dengan malangnya handphone BlackBerry me rosak + x boleh on and semua contact dalam tu.. Nak pergi cc on9 for jejak my besties tu amat la mustahil disaat minggu akhir) Time me dah berarak ke pelamin me nampak kelibat beliau with BFF baru beliau, tapi beliau datang and pergi without bertegur dengan me.. Nak menangis pn ada time atas pelamin tu.. Meow~

  Untuk makanan, semua dapat pujian (x tau la if ada yang mengutuk) especially ayam Goreng rempah yang dihidang panas-ii.. agak kecewa ya Pengantin x dapat rasa coz tu menu makanan tetamu.. Untuk pengantin tentula ayam golek, udang panjat bla bla bla.. Me x fokus sangat kat makanan biarpun lapar.. Time tu ngah malu-ii meow~ Banyak sangat kamera and mata perhati, nak suap-ii lagi.. Jammed~

  Part yang paling best time tu dah siap berkemas untuk majlis and encik Suami nak balik hantar pengapit coz motor pengapit park kat Wangsa Maju (rumah Puan MIL).. Then petang tu gak my besties Wana datang and ada la cerita-ii lama keluar.. Happy, sedih bercampur-ii coz me memang rapat ngan Wana since joined KRS 2003-2005.. Bila da jamu Wana with lauk-ii tetamu yang dibawa naik ke rumah (ayam goreng x da ok!) Wana and adik beliau pun pulang.. encik Suami bisik kat me beliau lapar coz time makan beradab kami makan sikit je.. So apa lagi habis semua lauk + ayam golek kami bedal dengan lahap sekali (ayam golek ada 2 set, lagi 1 set encik ayah and the gang ngah melantak kat khemah bawah).. Memang buruk lantak la, betul-ii kebulur coz beberapa hari me x lalu makan coz busy.. Penuh-ii mulut dengan makanan.. Sampai x peduli saudara mara keliling duk gelak.. Hahaha..

feednote: Make sure u olls sentiasa alas perut before doing something yang memerlukan u olls berfikir and bekerja. Nasib baik me x pengsan time berarak (kalau x, mau ada yang fikir me bunting before kahwin, tettt!!!~)
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner