Wednesday, December 28, 2011

Dari awal hingga ke akhir persiapan perkahwinan.. wink~

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera..
To all of you, moga bahagia seperti me hendaknya.. (Eleh macam la me sorang je yang bahagia kat dunia ni kan? Hehehe)

Untuk artikel kali ni me just nak cerita about prepare of my wedding.. Yang berlangsung pada 11.11.2011-nikah & inai, 12.11.2011-sanding & 25.12.2011-tandang.. Ada banyak yang nak dikongsi, especially budget and masa persiapan disediakan.. Believe it or not me search and settle everything less than 2months.. Haaa... Keje gilekan?
Ok 1st me nak bagitau me bukanla dipaksa berkahwin.. But asalnya me and encik Suami (cewah, da x da istilah encik Tunang da yewww!) memang plan untuk buat majlis yang complete for everything.. But tu impian kami 1year before kami buat keputusan untuk berkahwin.. Then bila tengok budget and me rasa untuk habiskan beribu dalam masa 2hari amatlah tidak berbaloi.. So kami buat keputusan untuk nikah and buat kenduri doa selamat je, x payah nak bersanding and salin itu ini.. Yang selebihnya biarlah dibelanjakan untuk kehidupan kami selepas berkahwin.. Cadangan kami ditentang hebat oleh encik ayah & Puan ibu and dipersetujui oleh Puan MIL (coz my MIL is seorang Ustazah yang lebih mementingkan hukum dari adat)..
  Jeng jeng jeng.. Akibatnya me and encik Suami cuba untuk lepas tangan dalam urusan majlis yang diatur oleh encik ayah and Puan ibu (amat-ii la x patut me buat gitu).. But dari segi kewangan me tetap hulur ibarat air yang mengalir untuk membayar deposit itu dan ini.. Me just lepas tangan untuk tidak ambil tau apa yang mereka plan je.. Bila mereka kata A untuk ini, me pun just sambil lewa and ok je.. Bila mereka kata B untuk itu, me just jawab encik ayah dan Puan ibu buatla apa yang terbaik untuk anakmu ini.. hehehe.. konon je la me cakap gitu.. me da lupe actually apa yang me cakap.. 

10.10.2010-merisik, + suai kenal antara family (pihak lelaki encik Suami, Puan MIL + Kak Su & abang Nik sefamily.. pihak me, encik ayah & Puan ibu).. Pertemuan di Restoran ayah Classic Seafood (dulu) berjalan dengan lancar, ada keserasian diantara kedua belah keluarga..
11.03.2011-bincang tarikh nikah, sanding, tandang & etc. (pihak lelaki encik suami, Puan MIL, Kak Su, abang Nik sefamily, aiN, Nek Wan Mary.. pihak me, encik ayah, Puan ibu, Tok Wan & Nek Wan)
Ogos 2011-Serahan setengah suku duit hantaran time ni Mie cousin encik Suami pun ade sekali turun kapal 6bulan coz operation..

  Start 17.09.2011 (1week before me minta tolong my besties Puan amy tolong GooGLe butik yang offer package mampu for me.. Setelah berchat fb sambil wat keje yang sentiasa berlambak kat office.. Berkenan with package yang di offer oleh Butik Pengantin RS..)

Pelamin dewan
3 pasang baju L/P
2x make up (nikah&sanding)
Aksesori:
3 kasut P, 3 veil P, 3 bunga tangan P, 3 tanjak L, keris L, barang kemas + perhiasan L/P
Total: RM2,100

ni info butik RS.. So sesiapa yang berminat boleh la contact Kak Syam untuk sebarang pertanyaan
  Still lagi dalam bulan 9 me order kad yang me x check size and cari-ii kat fb berkenan with kad wangi yang comel lagi awesome.. Kad tu me order kat SBS Kad Kahwin.. Me order 300pcs kad je.. Bukan nak invite orang ramai pun.. Tu pun ada la berlebih dalam 10pcs kot? Hehehe.. So disebabkan me order dalam kuantiti yang sedikit, kad ni dicharge sebanyak 0.50sen/pcs.. If ambil lagi banyak, lagi murah la.. Maybe dalam 1000pcs boleh dapat 0.35sen/pcs.. Harga ok.. Map pun me just ambil kat GooGLe je, malas nak lukis-ii walaupun diminta berbuat demikian oleh family.. Huhuhu.. But ...... Haaaaa bila da ada perkataan "BuT" ni mesti u olls agak hampa kan? But, service agak x memuaskan mana taknya me asyik nak kena betulkan ejaan je bagi kat diaorang.. Yang paling me bengang sekali at the end for make correction kat kesilapan nama yang asyik berulang.. Address yang sebelumnya ejaan ok jadi "Kulala Lumpus" and bila da dapat kad baru me tau.. Me tau la mereka tinggal kat "Kulim", tapi x kan x tau eja "Kuala Lumpur" kot? Frust! Fikirkan my weds yang kurang dari sebulan je nak prepare, me abaikan je la "Kulala Lumpus" tu.. X dan nak complaint apa.. Fikir lepas majlis nak complaint, nak plak diaorang dengarkan? So me terpaksa abaikan je la.. Bukan diaorang nak bayar balik half untuk kesilapan tu kan? T_T

ni contoh kad me yang di curi kat fb SBS Kad Kahwin.. sorry tuan punya! size kad ni kecil comel and the important thing is wangi..
tadaaa.. ni invitation card me.. comey x? x payah tengok belah dalam, nanti nampak "Kulala Lumpus".. wink~
  Untuk door gift a.k.a. goodie bag and bunga telur pun me search kat FB je.. Senang dan cepat.. Anyone yang berminat boleh la order kat DoorGift Love Roselle.. But page tu x da apa-ii banner yang boleh di copy and letak kat sini.. T_T
  Dekat DoorGift Love Roselle ni me amat berpuas hati wth price and service dia.. Sangat-ii mementingkan customer, me x pernah tengok pun orangnya.. Just beramah mesra melalui FB je.. Harga ok kot? Coz me x survey tempat lain da.. Memang x da masa untuk plan majlis lastminute camni.. Untuk 1st order me beli Beg Kain Cerut 500pcs RM250 + Plastik Kenduri 500pcs RM70 = RM240 (termasuk postage RM18 and me x ambil balance pun, berapa sen la sangat lagipun tolong orang kita niaga gak).. 2nd order me beli Bunga Telur Satin 100pcs RM65 + Uncang Candy / Telur 1000pcs RM190 = RM270 (termasuk postage RM8 and apa yang best, ada la akak ni bagi free gift sekali benda comel-ii kat me.. effect berpindah randah me tinggalkan gift tu kat rumah parents)..
So total untuk barang-ii kat bawah ni mencecah RM510.. Mahal ke murah? Bagi me yang memang suka shopink on9 tu, rasanya not bad.. wink~

Beg kain cerut + Plastik kenduri + Uncang candy/telur + Bunga telur satin
akak tu siap printscreen lagi apa yang me post kat wall dia and abadikan kat album "Customer Tersayang" ceh, OVER menipu!
Haa, bawah ni me share pic-ii baju yang me plan nak pakai and x jadi.. Semua ada cerita kat bawah ni.. Scroll je......
Time try baju di Butik RS-abaikan perut me yang x berkorset itu.. tettt~
Sepatutnya baju ni kami nak pakai time Majlis Bertandang..
Try punya try and da confirm nak..
Sekali da ada orang booking date yang sama la..
Kitaorang lambat sikit je!
Majlis pernikahan-white cream
Majlis resepsi malam-maroon 5
Majlis persandingan-pinky + purplelicious
Outdoor shooting (pihak lelaki)-greenish
(agak frust coz my photog weds yang diupah with price paling mahal x pandai wat keje + x de pose + x de outdoor shoot)


Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang
Pihak lelaki bagi pihak perempuan
1.Cincin + Jam tangan Fossil
2. Kain telekung
3. Kain ela
4. Handbag + Kasut
5. Perfume Salvatore Ferragamo + Set kecantikan
6. Coklat + Candy
7. Pulut semangat

Pihak perempuan bagi pihak lelaki
1. Jam tangan Fossil
2. Baju kemeja + Seluar slack
3. Wallet + Belt
4. Kasut
5. Perfume Salvatore Ferragamo
6. Set kecantikan
7. Coklat + Candy
8. Buah-buahan
9. Sirih junjung

  Banyak yang dirancang x sama with impian kami.. Duit hantaran kami nak RM8,888 coz sama-ii lahir tahun 88.. But Nek Wan kata susahkan orang nak mengira la plak (belum lagi me plan RM8,888.88 main syiling-ii kan? Ish!).. So, jadi RM8,000 sahaja ok! Dulang hantaran plak kami plan nak 11 belas 13 or 9 balas 11.. But x tau kenapa lepas decision me dimaklumkan encik Suami yang pihak me minta 7 balas 9 je.. Jammed betul la! Nak dimarah orang tua-ii, kang ada yang kena heart attacked plak.. Teneng~~~

  Lain-ii hal dalam majlis berjalan dengan lancar.. Just me frustrated with weds photog on my wedding yang macam x mesra pelanggan + buat kerja sambil lewa.. Agak kecewa with hasil kerja beliau yang tak pandai nak mintak me pose macam tu macam ni like weds photog yang biasa me tengok kat majlis orang.. Fikirkan beliau anak arwah kawan ayah je me bayar full gak RM1,500 walaupun niat dihati me x nak ambil pun gambar-ii tu.. Me ambil pakej paling mahal yang ada.. But layanan x padan with harga, sepatutnya bayar mahal layanan pun as usual kena mahal gak! Hasil snap x kurang cam photog biasa yang datang majlis me ambil gambar candid and give it to me for free.. Yang photog tu tau "Senyum.." "Duduk" Arrggghhhh!!!!! Memang x banyak pic berdiri and x da langsung pic pose ok! Akibatnya my family and their family x sebulu lagi and x boleh bertentang mata pun (effect sakit hati)..

Juruvideo arezeo.com pun wat hal gak dalam 2weeks nak dekat majlis boleh minta cancelled shoot for Nikah coz ada clash plak dengan nikah saudara dia kat Johor.. Padahal me dah deposit RM200 and book pun 6 ke 7bulan sebelum!!! Time nikah tu la yang me nak ada record and boleh dengar lafaz tu ulang-ii as memory.. So me cancelled terus, x payah nak video sangat la untuk sandingkan? Rawr~

  Bahagian gotong royong memasak and tolong kenduri kendara memang diluar jangkaan.. Sampai pakcik and makcik yang menolong pun x sangka budak-ii yang selalu lepak x tentu hala and pemalas pun ikut buat kerja and gunakan kudrat habis baik untuk menjayakan majlis me.. Wah, terharu... Majlis me dapat pujian melambung coz saudara mara, penduduk setempat, kawan-ii semua datang membantu hingga ke saat akhir.. Yang buat me kecewa my besties since sekolah (maybe sekarang sesuai diguna as ex besties x datang menjenguk pun me, da la dengan malangnya handphone BlackBerry me rosak + x boleh on and semua contact dalam tu.. Nak pergi cc on9 for jejak my besties tu amat la mustahil disaat minggu akhir) Time me dah berarak ke pelamin me nampak kelibat beliau with BFF baru beliau, tapi beliau datang and pergi without bertegur dengan me.. Nak menangis pn ada time atas pelamin tu.. Meow~

  Untuk makanan, semua dapat pujian (x tau la if ada yang mengutuk) especially ayam Goreng rempah yang dihidang panas-ii.. agak kecewa ya Pengantin x dapat rasa coz tu menu makanan tetamu.. Untuk pengantin tentula ayam golek, udang panjat bla bla bla.. Me x fokus sangat kat makanan biarpun lapar.. Time tu ngah malu-ii meow~ Banyak sangat kamera and mata perhati, nak suap-ii lagi.. Jammed~

  Part yang paling best time tu dah siap berkemas untuk majlis and encik Suami nak balik hantar pengapit coz motor pengapit park kat Wangsa Maju (rumah Puan MIL).. Then petang tu gak my besties Wana datang and ada la cerita-ii lama keluar.. Happy, sedih bercampur-ii coz me memang rapat ngan Wana since joined KRS 2003-2005.. Bila da jamu Wana with lauk-ii tetamu yang dibawa naik ke rumah (ayam goreng x da ok!) Wana and adik beliau pun pulang.. encik Suami bisik kat me beliau lapar coz time makan beradab kami makan sikit je.. So apa lagi habis semua lauk + ayam golek kami bedal dengan lahap sekali (ayam golek ada 2 set, lagi 1 set encik ayah and the gang ngah melantak kat khemah bawah).. Memang buruk lantak la, betul-ii kebulur coz beberapa hari me x lalu makan coz busy.. Penuh-ii mulut dengan makanan.. Sampai x peduli saudara mara keliling duk gelak.. Hahaha..

feednote: Make sure u olls sentiasa alas perut before doing something yang memerlukan u olls berfikir and bekerja. Nasib baik me x pengsan time berarak (kalau x, mau ada yang fikir me bunting before kahwin, tettt!!!~)

Friday, November 11, 2011

Dia terima nikahnya...

Assalamualaikum w.b.t. & Salam sejahtera
  Para pembaca yang dimuliakan lagi disanjungi.. Kepada kipas susah mati me, beli la kicap favourite me Kicap Masin Cap Kipas Udang (kipas susah mati? budget je ada fan.. promote kicap favourite tapi selalu beli Tamin.. hahaha)
  Untuk entri kali ni me nak shared Ceritera Cinta Nur Elyani & Mohd. Hakimi yang terjalin pada 11 November 2011 (11/11/11), bermula la debaran me and encik Suami untuk menjadi pasangan Suami Isteri.. Debaran encik Suami terbukti apabila melafazkan akad sebanyak 3x.. 1st sebutan encik Suami x jelas, 2nd encik Suami terkedu and 3rd baru la lafaz tu sah.. Majlis pernikahan kami berlangsung selepas waktu Asar, hari Jumaat.. Kami memilih baju persalinan sedondon warna white cream.. So, ada nampak macam kuning-ii sikit la..
  But yang frustnya bila juruvideo lastminute x dapat shoot time nikah, dapat shoot time sanding je.. Padahal time nikah tu la pentingkan? Frust je, da la masa encik Suami lafaz me x dapat dengar dengan jelas suara beliau..
  Tengok-tengok dah sah.. x apa lah janji dah ikut hukum syarak.. Kehadiran saudara mara serta teman-ii melengkapkan dan membantu majlis berjalan dengan lancar.. Mas kahwin RM80 (cadangnya RM111, biasa la orang tua-ii halang.. taksub with nombor katanya), sebentuk cincin emas dan seutas jam tangan.. Duit hantaran RM8,000 (plan RM11,111.. then discount RM8,888.. but dua-ii dibantah orang tua pihak me), Hantaran dulang 7 berbalas 9 (plan 11 berbalas 13 or 9 berbalas 11.. yang ni x tau dibangkang oleh siapa)
  But ada plak scene tetamu yang x diundang (encik Suami gelar perempuan Tua tu as Cik Rimbun, coz depan rumah flat dia penuh pokok and pasu yang digunakan sebagai cover untuk menghendap orang).. Upacara me and encik Suami x selesai lagi untuk batal air sembahyang and sarung cincin, perempuan tua tu da tempik kat me "Salam Mak Mertua ni dulu!".. Memang si** la, wat hari me spoil je.. Da la datang x dijemput!
  Bila tengok muka encik Suami sejuk balik hati ni ha (gedik).. But me x da babak nangis-ii kat masjid tu, just rasa terkilan with tindakan ibu yang terus blah gi kat tetamu without salam or peluk cium me (macam ibu-ii lain buat, terkilan hati me)..
  Nevermind biar ramai yang menentang or menghalang, andai kuat jodoh kami biar la kekal hingga ke akhirnya.. InsyaAllah..

yang pakai tudung hijau muda + mata tertumpu kat kamera kat tengah-ii la perempuan tua si**an itu!

  To encik Suami ~> Terima kasih encik Suami kerana telah memilih ku sebagai suri hidup mu.. Andai ada kekurangan mau pun kelemahan ku, ko bimbinglah aku ke arah kekuatan dan kebenaran.. Semoga tujuan kita untuk bersatu tidak lari dari landasannya.. Ku harapkan bahawa aku lah yang pertama dan terakhir menjadi pelengkap hidup mu.. Semoga cinta kita kekal hingga ke akhirnya, mungkin ke Syurga dengan izinNya.. Terima kasih Suami ku untuk gelaran ku sebagai seorang Isteri..

Friday, July 29, 2011

Lagu - Perpisahan

  Today mood me agak swing.. So me nak share lagu frustrated.. "Lagu apa? Lagu perempuan gila anak saudagar penipu!" lol.. Ok, bukan.. Tu dialog filem 3 Abdul ukey! Hihihi..
  Hurm, actually my mood agak x stabil kebelakangan ni.. Kepala berdenyut-denyut kerja menimbun, masalah pun begitu juga.. So, me x tau nk bahagikan job and my personal things.. ZzzzZzzz.. Ok, ngantok? Tau da.. Ngeee...
  cik aLya eLyanie tadi kata nak share lagu? Ups, lupa... 1st me mesti bagi baca lirik dulu.. Me nak u allz hayati dulu liriknya.. Then scroll ke bawah watch the video (official video x dapat search lar, yang ada video with lirik for u allz melalak di belakang rumah Kak Limah) Ok, x kelakar...

  Nah, baca lirik ni hingga ke akhir.. Credit to http://www.zimbio.com and http://www.youtube.com .. Layansss......

sentiasa menanti ketibaan mu
sendiri ku menagih nafas diri mu
namun kau memungkiri melangkah pergi
selama-lamanya..

wahai cinta dengarkanlah
rintihan ku yang ku rasa
ku berserah tuk berpisah..

mampukah diri ku menempuh segala untuk mu
biar pun ku tersiksa menitis air mata
bawalah jiwaku agar ia di sisi mu
cinta..

belahan jiwa ini tiada yang tahu
seribu janji-janji mengukir hidup ku
rela ku menunggu mu walau bertahun
tuk kita bersama..

wahai cinta dengarkanlah
rintihan ku yang ku rasa
ku berserah tuk berpisah..

mampukah diri ku menempuh segala untuk mu
biar pun ku tersiksa menitis air mata
bawalah jiwa ku agar ia di sisi mu
cinta..

ku berserah
cinta yang ku diberi
(sayang)
ku kan setia menanti..

mampukah diri ku menempuh segala untuk mu
biar pun ku tersiksa menitis air mata
bawalah jiwa ku agar ia di sisi mu
cinta..




To u allz yang x kenal a.k.a x pernah tengok siapa Ashidy Ridwan meh me nak share gambar beliau fresh from the facebook.. Ngeheheh..
.
1
..
2
...
3
....
Tadaaaaaa

Sekali pandang macam Hazama daaa... Tanya sama pokokkkkkk

Ok! Tu je sesi merapu meraban bersama cik Alya Elyanie kali ni.. Chow......

Tuesday, July 19, 2011

Kelantan and berakhirnya perjalanan hidup Wo di dunia...

  Lambat plak update entri kali ni.. Almaklumlah busy yang teramat sangat.. What happen to me? Becoz AGM meeting dah semakin hampir on 23rd of July 2011.. Ngeee... Seram ya amat! Tamao tamao! Ape pon x prepare lagi ni.. Haduiii!
  Owkey! Entri kali ni me nak bercerita about lastweek on 9th to 12th of July me pergi kampung encik Tunang at Kelantan.. OMG! Rasenye dah 6tahun me x balik Kelantan.. (walaupun me stay at Flat Sri Kelantan) Pagi Saturday me tetap bekerja coz kesiankan encik Boss nak settlekan AGM letter for invite all the residence come to the meeting.. encik Tunang and ibu Mertua Ku dah menunggu me at perkarangan Casa Mila dari jam 2p.m.. Owh! Me rasa me dah buat kesilapan yang besar coz biarkan ibu Mertua Ku menunggu hampir sejam kat dalam kereta sementara encik Tunang pulak menolong me kat opis, tanpa menginform ibu Mertua Ku yang beliau pelu tunggu.. DuH! Setel je keje me and encik Tunang bergegas with 2kotak surat yang perlu di pos.. Muka ibu Mertua Ku masam mencuka, terus me bukak pintu depan tempat ibu Mertua Ku duduk and terus salam mencium tangan mintak maaf banyak-banyak.. (ibu Mertua Ku senyum kelat, ni semua encik Tunang punya pasal x inform ibu Mertua Ku)
  Perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.. Me duduk tersepit with timbunan barang termasuk 2kotak surat yang perlu dipos tadi.. Sesampai je di Negeri Pantai Timur, suasana Kelantan 6tahun dulu dan kini banyak lar perbezaannya.. 1 of the thing yang buat me kagum with Kelantan, boleh dikatakan 100% poster iklan menunjukkan gadis a.k.a wanita memakai tudung.. Sentap hati mak nak! And of course lar me pon bertudung sepanjang masa di Kelantan (dalam rumah or perkarangan rumah encik Tunang x de lar me pakai)
  Pertemuan with family and saudara mara encik Tunang di Wakaf Aik menunjukkan tanda +ve.. But sayu hati me bertentang mata dengan Wo (nenek encik Tunang), sepasang mata itu memandang me dengan penuh mendalam seakan-akan berharap me mampu membahagiakan cucu kesayangan Wo..
  Sepanjang masa di Kelantan me dapat makan Nasi Kerabu, Nasi Serati and Nasi Ayam Pedas.. encik Tunang bawak me pergi round Wakaf Aik, Pantai Irama Bachok, Pantai Cahaya Bulan (encik Tunang belanja ABC Special and Keropok Lekor), KB Mall (encik Tunang belikan me kasut), Wakaf Che Yeh (encik Tunang belanja GCB Mc D), Cerana Villa (encik Tunang belanja 3 layer tea and Kuey Teow Lakna) and encik Tunang bawak me pergi Kota Bharu tengok kain untuk buat baju nikah (but x de yang berkenan dihati)..

  Luna Lulu bukan main happy lagi menjejak tanah with kesegaran rumput kampung.. If me terlepas pandang, mesti Luna dah digonggong si kucing bawak lari.. Me yang takot ngan kucing memberanikan diri kejar si kucing demi Luna Lulu! Macam-macam buah Luna dapat makan sepanjang kat kampung encik Tunang.. Yang paling seronok tengok Luna makan telur goreng without minyak..
  Tuesday pun tiba tiket me bertolak balik KL tepat jam 9p.m.. Rasa berat hati nak tinggalkan kampung encik Tunang.. Mengalir air mata me bila bersalam with Wo time tu.. Wo bertelekung and tengah mengiring, Wo nampak uzur sangat (umur lewat 70an).. Siapa sangka itu pertemuan kami yang terakhir? Wo telah pulang ke Rahmatullah pada pagi 18th July 2011 jam hampir pukul 3a.m depan mata encik Tunang sefamily.. Sebak me bila dapat mesej encik Tunang beberapa minit lepas Wo pergi.. encik Tunang nangis and berharap me pun turut ada.. But me memang x boleh cuti coz meeting tinggal kurang dari seminggu..

NotaKaki : Wo ialah nenek kesayangan encik Tunang coz encik Tunang membesar with Wo bila ibu Mertua Ku berhijrah ke Kuala Lumpur.. So, pemergian Wo merupakan 1 kehilangan besar dalam hidup encik Tunang..

Syyhhh! : Takziah buat encik Tunang (Mohd. Hakimi) sekeluarga... T_T

Monday, July 4, 2011

Luna

 Assalamualaikum.. w.b.t.. dan Salam Sejahtera..

  Me rasa me x pernah cerita pasal encik Tunang hadiahkan me Luna Lulu si Sugar Glider kan? Ok, kepada sesiapa yang x tahu apa itu Sugar Glider, sila baca info dibawah..

Serba sedikit mengenai info Sugar Glider.. Credit to http://tipshaiwan.blogspot.com
Sugar Glider diberi nama kerana ia lebih suka makanan yang manis(Sugar) dan kebolehan untuk meluncur(Glider). Di dalam habitat asal, Sugar Glider adalah haiwan yang tinggal di pokok, selalunya hidup berkelompok 15 hingga 30 ekor(tujuh dewasa dan anak-anaknya). Jantan dewasa akan menanda kawasan mereka dengan air liur dan bau yang dibebaskan oleh kelenjar yang terpisah di dahi dan dada dikeluarkan dengan 'keras'. Jantan lebih besar daripada betina dan panjang mereka dari hidung hingga hujung ekor dalam lingkungan 24 - 30 cm.

Haiwan ini banyak dijumpai di seluruh Utara dan Timur bahagian Australia, juga keliling Pulau Tasmania, Papua New Guinea dan juga Indonesia. Mereka boleh ditemui dimana-mana hutan yang mempunyai sumber makanan tetapi kebiasaanya dijumpai di hutan yang mempunyai Pokok Kayu Putih (Eucalyptus Tree). Sugar Glider adalah bersifat 'nokturnal' iaitu tidur di sarang pada siang hari dan aktif pada waktu malam. Pada waktu malam, dia akan memburu serangga dan juga haiwan vertebrata kecil dan makan getah manis


~ Biodata Luna LuLu ~
Name : Luna (inspired from Luna SailorMoon Cat).
Date of birth : 16/04/2011 (me agak je coz encik Tunang kata time dia beli on 16th June 2011, encik Jurujual kata genap 2months).
Place of birth : I'm not sure (encik Tunang kata, encik Jurujual bagitau my suggies grade AAA baka from Australia).
Sex : Female (Betina).
Favourite food : Apple Fuji + Daging Burger (jangan sesekali cuba memberi makanan yang masam, masin ataupun pahit).
Favourite drink : Honey Madu, Water Filter and Gliderade Water.
Hobby : Melompat, mencakar and memberi gigitan manja.



comel x? macam mama dia kan? hikhik

encik Tunang bagi me 1 week awal birthday present, agak kecewa coz time beday dah x de ape2 surprise walaupon sekeping kad ucapan.. whatever it is, me sangat bahagia with Luna.. Thankz a lot encik Tunang..

Saturday, June 18, 2011

Lagu - Cinta Kita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
  Hari ni mood agak skema.. So mukadimah me pon skema lar juge ek.. Hurm, hari ni me rasa nak shared lirik lagu.. Actually me x suka sangat lagu ni at the first time me dengar.. Be'coz me x suka Shireen Sungkar (adik ipar cowok paling ganteng kat Indonesia, Irwansyah) Ups! Sorry if my pronounce in Indonesia language x betol ok.. Hurm, apa yang menarik minat me dengan lagu ni ialah .......
  Cuba hayati lirik dengan penuh penghayatan.. Sambil pejam mata and goyang badan dengan perlahan sambil duduk depan kipas angin.. Hihihi.. Ok, x kelakar ek.. v_v
  Bila me menghayati lirik lagu ni.. Umph! memang sesuai lar dengan kisah cinta me yang asyik nak membuang waktu dengan kata-kata perpisahan.. So this song bagi me n encik Tunang nasihat lar sikit..
  Ok ni me shared kan lirik yang me copy dari website http://akhza.com and video dari encik YouTube at http://www.youtube.com .. Layannnns ok!
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuat mu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cinta ku pada mu
Ini cinta ku apa adanya
Yang ingin selalu di samping mu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

P/S: If tengok pada video clip ni menunjukkan kisah cinta yang berakhir dengan penuh kesedihan and kekecewaan sang teruna becoz kematian si gadis.. But why Shireen Sungkar always senyum all the way? LOL! Dia cantik pun sebab make up yang sangat-sangat tebal ok.. So x payah nak rasa cantik sangat lar.. Dalam Cinta Fitri x cantik ponnn..

Thursday, June 16, 2011

Happy!

  Ape xtvt u allz sepanjang minggu ni? Menyeronokkan x? Bagi me June ialah bulan yang membahagiakan me sangat-sangat! Nak tau sebab ape? Sebab...
  Me dapat baby.. Sangat-sangat comel ok.. Me punya beday 1week lagikan? Tapi encik Tunang dah bagi me hadiah awal-awal..
  Semalam dah nak gi tengok.. Tapi x ade yang cantik.. So, hari ni baru dapat.. Nak tau x ape? Tunggu......


  Whatever it is me memang beruntung dapat insan istimewa macam encik Tunang yang selalu membahagiakan me and sentiasa ada untuk me x kira dalam apa jua situasi..
  Ok, if nak tau ape yang me maksudkan.. Don't miss my next entry!

Thursday, June 9, 2011

Saya nak Sugar Glider!

  Hari ni encik Boss belikan me 3 tier document tray and 2 tier untuk encik Boss sendiri.. at my office ada lar sedikit kucar kacir becoz encik Big Boss and encik Big Big Boss nak datang melawat... Adeh! Memang cantik lar hasil kerja me kan? Time-time begini lar me baru teringat nak kemas meja and segala macam sampah yang bersarang dalam laci and atas meja ni.. Hahaha.. encik Big Boss and encik Big Big Boss tiba.. Sekali encik Big Big Boss bagi 1001 nasihat and mintak me improve my english language.. aiyarrrkkk! Me bukan apa, me just tak berapa nak arif english education (nada Usop Wilcha)..Almaklumlah me kan sekolah kebangsaan, bercampur pun dengan 1 kaum je (bukan sebab ada sifat perkauman or anti kaum-kaum yang lain yea!)..
  Ok, ini sudah lari tajuk! Tujuan me menulis entri kali ni sebab me nak luahkan rasa hati.. SAYA NAK SUGAR GLIDER! Err, apa itu Sugar Glider? Gula-gulakah? Kumpulan K-Pop kah? Semua salah! Sugar Glider adalah seekor haiwan.. Haiwan apa? Tupai terbang lar.. Gila apa nak bela tupai? Gila tak gila lar janji comel.. Hihihi..
  Apa yang buat me excited sangat ingin mempunyai seekor haiwan hutan ni? Sebab my neighbour merangkap adik angkat me ada membela.. 2 ekor ok! Yang me tau nama si jantan Zoey, yang betina tak tau lar pulak.. Masa encik adik angkat datang rumah with Zoey.. Hati me tak keruan, lalu tertanya-tanya jatuh cinta pandang pertamakah? Hahaha.. Lalu Zoey berkeliaran di tangan, bahu and seterusnya kepala.. Manjanya dia......
  So, me dah set dalam kepala otak SAYA NAK SUGAR GLIDER! So, me mula buat request dekat encik Tunang.. encik Tunang tak keberatan nak hadiahkan me Sugar Glider tu.. TAPI......! Ala, ada tapi ke? encik Tunang kata boleh bagi seekor sahaja.. Hurm, frust sebentar.. But, its ok lar janji dapat..
  Ini ialah Sugar Glider yang me mau.. Tapi ni bukan Zoey.. Just search image dekat internet and i really LOVE it!

Wednesday, June 8, 2011

My Best Boss Ever!

  Macam tak best lar plak bekerja 2 hari ni.. encik Boss kene marah dengan encik Big Boss lar.. Kena marah ok lagi.. Tapi if sampai cabar suruh resign and cari kerja lain me pun pedih telinga.. Me tengok encik Boss dah buat habis baik dalam kerja and tanggong jawab beliau.. Tapi encik Big Boss gertak camtu coz encik Boss x dapat fullname residence yang selalu bikin onar mabuk-mabuk kat Casa Mila ni.. Pasal tu je? Kesian encik Boss kan? Hurm, da lar demam pasal benda kecik ni je pun kecoh.. Tu lar akibat kerja makan gaji..
  Me bukan kenapa nak emo lebih.. Tapi encik Boss me ni tersangat-sangat lar baik.. My best Boss ever lar senang cite.. Memang lar Puan Boss yang sebelum ni ok.. Tapi, Puan Boss dah mengkhianati me.. So, me dah mula rasa Puan Boss tak berapa nak best ok! Kenapa me pilih encik Boss dari Puan Boss? Dah lar kedua-dua mereka umur lebih kurang encik ayah (Puan Boss debaya encik ayah, encik Boss muda 2 tahun rasanya).. encik Boss ialah saudara baru kita dalam Islam.. Dalam kehidupan peribadi beliau berjaya mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna and berpengetahuan mendalam mengenai Islam.. Kita yang Islam ni mampu ke?
  Hurm, encik Big Boss me Chinese Guy.. So me paham lar if bekerja dengan Chinese ni macam mana.. Kerja lebih penting dari segala-galanya, walaupun kamoo tengah sakit ok..
  Dah banyak kali dah dengar encik Boss kate nak resign, dah tak boleh tahan kerja sini (bukan sebab me ok!).. So, me mula rasa if encik Boss nak resign.. Me pun nak follow gak lar.. Tapi bila fikirkan loan ASB me perlu dibayar tiap-tiap bulan and me nak kahwin 11.11.2011 ni tak jadi lar pulak.. Huhuhu..

  Mintak-mintak lar encik Boss bertukar fikiran.. Tolong jangan resign, me tak nak Boss yang lain dah.. encik Boss yang terbaik!

Monday, June 6, 2011

ex besty ku kahwin

  Semalam 5.6.11 my friends wedding encik S and  Puan S.. kenape tajok entri kali ni ex besty? Becoz Puan S penah jadi my besty time skola rendah.. Then jadi renggang coz berbeza high school.. Sedihkan? Then bila tiba masa ayah Puan S pencen, Puan S sefamily berpindah ke Padang (bukan negeri sebenar).. Masa dan jarak yang memisahkan kami.. Tapi kenangan bersama tetap segar kekal di ingatan..Tup tup dia bercinta with encik S yang same sekolah dengan kitaorang time sekolah rendah (SKS1).. OMG! Memang berita yang memeranjatkan ok? X suspect pon dia akan in LOVE with encik S.. Hihihi..
  encik tunang x dapat teman me pergi majlis kahwin tu coz beliau pulang ke kampung since thursday (2/6/11).. So, me pergi with Cik Satria, Cik Nikon, encik Ninja, encik KIA, encik PTPL, encik UniKL, encik Navy, Cik Cikgu, Cik Director, girlfi encik Navy & anak buah Cik Cikgu (lupa tanya nama).. But comel ok! Salam pon cium tangan and panggil kitaorang aunty/uncle.. Tapi dah dewasa la, umur pun x sure..
  Sampai je kat Dewan Serbaguna Bandar Baru Sentul kitaorang pikir dah salah kenduri coz kat signboard kahwin tulis AKMAL & ZIERA.. Patah balik, pikir dah salah kenduri.. Hihihi.. Tapi x salah ok.. Rupa-rupanya ada 2 kenduri kat situ, and signboard encik S & Puan S baru nak pasang..
  Kat majlis tu jumpa Cik IKB, Cik Doktor, encik Ustaz, encik Kasanova & Black??? Me pon x sure kenapa Black (ex boyfi Kak Chik) ada menghadirkan diri.. Pakaian pon entah apa-apa.. x hormat majlis orang.. Bertindik, seluar pendek & apa-apa je la.. Tapi nampak Black ambil makanan je.. Duduk makan kat meja mana entah..
  Majlis agak sunyi dan sepi, panas membahang & tetamu agak ramai.. Karaoke or Dj x ada.. So, suasana agak suram.. Pelamin simple je, tema kuning/gold & hitam.. Pengantin perempuan atas pelamin x duduk diam, maybe x selesa with pakaian.. Tapi, perlu ke berborak with pengantin lelaki & pengapit? x perlukan? Nampak agak kurang sopan lar babe.. Sepatutnya duduk atas pelamin nak menjeling pengantin lelaki pon x boleh ok! Nanti ada yang mengusik kata x sabar nak tunggu malam pertama pulak.. Hihihi..

  Kompang x ada, tapi ada majlis tepung tawar yang agak panjang.. Bosan ok nak tunggu lama-lama.. So me, Cik Satria & Cik Nikon beransur pulang dahulu.. Coz tumpang kereta Cik Satria kan.. Pergi & balik haruslah bersama.. Ending, x sempat jumpa pengantin pun.. Maybe bukan rezeki me nak berjumpa with sahabat lama..

P/S: me bukan nak mengutuk majlis orang ok.. But just nyatakan perasaan je.. Lagipun majlis me nanti pun me x tau macam mana.. Maybe ada yang memuji dan mengutuk.. Tu semua lumrah dunia.. x semua orang berpuas hati dengan apa yang kita buatkan? Mesti ada pengkritik juga.. Betul x? me x kan kutuk lebih-lebih if Puan S berkelakuan elok pada hari itu.. Peace!

Tuesday, April 26, 2011

198 days to go & perkara yang memalukan...

  Pejam celik kejap je masa kan? Rupanya lagi 198hari je lagi eL bakal mengakhiri zaman bujang.. Fuhhh! Berdebar tahu? Apa pun eL x prepare lagi.. Adoyai......

  Actually eL nak kongsi serba sedikit kisah hidup eL yang terjadi sepanjang apriL ni.. 1st semenjak dua menjak ni eL selalu nak tersadung lar.. Especially if eL terperasan de girl yang tengah ushar enCik Tunang.. Geramnyeee......

  Nak tau lagi? eL selalu pergi toilet kat stesen minyak sebelah PusRaWi x jauh ngan TitiWangSa tu.. entah sejak bila la mereka tukar sign ToiLet tu kan? eL terus masuk sebab da x boleh tahan untuk .......... (paham2 sendiri la yea) Then, bile da selesai berurusan with ToiLet eL ke sink basuh tangan and bersabun.. Pintu utama terbuka, kelihatan seperti ToiLet sebelah ada penghuni.. Beberapa saat kemudian...... DAMN! Seorang lelaki maybe keturunan Shah Rukh Khan yang agak hensem n x berapa nak gelap keluar dari ToiLet sebelah.. eL terkejut lar, kebetulan pulak enCik Tunang de kat toilet LeLaki yang sekarang da jadi ToiLet PeRemPuan.. eL cerita lar A to Z.. enCik Tunang gelakkan eL, eL nak gelakkan enCik Tunang gak.. Tapi, eL terfikir sendiri "At least enCik Tunang x terserempak with mane2 awex macam situasi eL" Grrr... DAMN! Sekali lagi..

  Nak cerita lagi... Lately eL ada teman Puan ameLia pergi Bank + Maxis Center amik masa lama lah untuk LunCh BreaK.. Then time kat MaXis Center ada la eL n Puan ameLia ni terserempak with 2orang Mak Nyah kat MaXis Center tu.. ala gediknye...... Body + Make Up + Dress Up memang x hingat lar.. Baik punyeee.. Last2 nak daring2 we olls plak kan.. Nyampah! Jatuh tersungkur baru tau...

Hurrrmmm, ok la.. Cukup setakat ni dolu.. Penat la taip.. HuHuHu.. Daa Daa...

Monday, March 28, 2011

The Time! Semuanya mengenai MASA...

Cerita 1:
Date 10/10/2010 family (Puan Mak, Puan Kak Su, encik abang Nik serta dua anak lelaki mereka) encik B datang ke Restoran Crystal Seafood untuk bertemu dengan Encik Ayah dan Puan Ibu.. Pertemuan berjalan dengan lancar.. Family kami menyukai pertemuan pertama tersebut..

Cerita 2:
Date 17/11/2010 beday Encik Ayah, Raya Haji dan juga pertemuan kali kedua antara family kami.. Agak keliru dengan permintaan pihak lelaki dan pihak perempuan yang datang ke rumah lelaki untuk berbincang.. Ada ketegangan di situ, me dan encik B berperang gara-gara pertemuan tersebut!

Cerita 3:
Jam 11lebih tengah malam selepas me dan encik B baru lepas menonton KHURAFAT kami menghantar Puan Ibu ke hospital kerana ada tanda-tanda nak bersalin.. encik B agak kecemasan menghadapi situasi tersebut (belum lagi me yang nak bersalin).. Lebih kurang 12lebih 24/03/2011 sampai di hospital encik B pulang pada 1lebih pagi kerana pagi nanti perlu gerak ke kolej di Kuala Selangor. Jam 6.20a.m eL telah mendapat seorang lagi adik lelaki yang di beri nama Muhammad Faisal..



Cerita 4:
11/03/2011 Tsunami Jepun dan pertemuan buat kali ketiga family me dan encik B.. Kali ni pihak me diwakili Encik Tok Wan, Puan Nek Wan, Encik Ayah dan Puan Ibu vs pihak encik B diwakili Puan Mak, Puan MakCik Mary, Cik Ain, Puan Kak Sue, Encik Abang Nik serta dua anak mereka.. Kali ni kedua belah pihak dah bagi kata sepakat tarikh pernikahan kami pada 11/11/2011.. Tarikh persandingan pihak perempuan 12/11/2011.. Tarikh majlis pihak lelaki 25/12/2011.. Hantaran RM8000.00 serba satu.. Tema pihak perempuan Purple dan Pink.. Tema lelaki Hijau dan Putih..

Cerita 5:
Nak bercerita xtvt me hari Sabtu baru ni (26/03/2011).. Amatlah bermakna bila encik B bawa me pergi ke Tanjung Harapan Port Klang with encik Wan, Cik ekin, encik azim, Cik Faridah & encik Rafi.. Memang kenyang lar me duk makan udang with ikan di situ.. Tapi agak kecewa bila Siput Buluh x kelihatan, sotong n ketam pula dah sold out! Huhuhu.. Agak kesian encik B mengeluarkan perbelanjaan untuk bill B (ikin dan Wan bayar untuk bill A).. Makan bersam-sama, tapi yang bayar 3orang je.. Da lar encik B seorang student.. Papepon memang enjoy walaupon me agak terkilan with layanan encik B terhadap me sepanjang malam tu..

Cerita 6:
Hari ni 28/03/2011 ulangtahun perkahwinan Encik Ayah dan Puan Ibu yang ke 24tahun.. Semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin... Cik Kak Chik mesej me mintak me datang ke tempat keje beliau.. Dia mau tong-tong some money untok celebrate anniversary malam ni and beliau minta me datang ke tempat keje beliau untok membeli sesuatu.. Plan me kek Secret Recipe Chocolate Indulgence + KFC 1 bucket, kad and some of present.. FULLSTOP!

Cerita 7:
30-31/03/2011 encik B bakal menghadapi final exam for Level 3.. Semoga dia dapat menghadapinya dan lulus dengan cemerlang.. Me doakan yang terbaik je untuk encik B! Baik untok dia, baiklah untok me.. Tapiii... (ni yang x best bile ade TAPI) encik B akan menghadapi Praktikal dan Vokasional Teacher Officer (VTO) selama 1year.. So bile kami dah mendirikan rumah tangga bulan November nanti status encik B masih lagi seorang student! Its ok! Sekejap je tu masa berlalu 2009 dia pergi belajar, tengok2 sekarang sudah mau Final!

Friday, March 25, 2011

Maafkanlah!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

  Lagi skali eL lupa akan kewujudan blog eL ni.. Almaklumlah ke'busy'an melanda diri ku.. Nak kumpul duit tawen so banyak ar mase dihabiskan kat opis (on9 fb boleh pulak yea?) hihi..
  Actually eL x de idea la.. Kering tahap baek punye! Otak ni banyak sangat2 berpikir! Tapi entah ape yang eL pikirkan? eL pon konpius lar wif life eL sekarang.. Ape yang eL nak sebenarnye untok kehidupan yang seketika ni? Da tentunye kabahagiaan.. Tapi duit juga penting..
  Sibuk dengan urusan dunia sampai terabai bekalan akhirat.. Oh Tuhan! Ampunkanlah hamba Mu yang hina ini.. Bukakanlah pintu hati ku untuk terus lurus ke jalan Mu ya Allah..
  Hurm, sayu plak hati ini.. Pape pon kali ni eL akan cube kerap untok update blog eL ni.. Biase la, eL insan biasa selalu terlupa..
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner