Friday, September 21, 2012

Kata mereka - Bila nak dapat baby?

Assalamualaikum..w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Entri kali ni me nak luahkan rasa sakit hati yang terpaksa dihadap with cakap-ii orang keliling.. Well, mulut orang mana boleh tutupkan? Sedangkan mulut tempayan boleh ditutup lagi, ye x?
  Kalau korang alert with lumrah hidup manusia (especially mereka-ii yang suka buat mesyuarat persatuan x bersatu ni) akan tanya kat korang yang anak gadis la terutamanya.. anak teruna agak terselamat jadi mangsa kpochi mereka-ii ni..


Kalau belum kahwin, soalannya "Bila nak kahwin?"
Kalau dah kahwin, "Bila nak dapat baby?" "Dah ada isi ke?" Sambil mata pandang ke perut.. Bagi me yang perut x berapa nak kempis mula la cepat tahan nafaskan? @_@
Lebih kurang lepas setahun perkahwinan korang mulalah cerita-ii yang indah untuk didengar keluar dari mulut mereka-ii itu..
Bagi yang bernasib baik memperolehi cahaya mata dalam kadar segera tu, akan ditanya la pula with soalan "Bila nak tambah baby?"
Macam tu la seterusnya yang mana semuanya akan dipenuhi dengan ???..

  Malay typical.. Usually pasangan yang berkahwin akan peroleh cahaya mata paling cepat sebelum usia perkahwinan mencapai setahun.. Mereka-ii akan berkata (seakan bertaruh) "Lepas setahun dua pernikahan mereka akan dapat anak.. Confirm!" erk? Hei! Kamu bukan Tuhan untuk menentukan rezeki & takdir seseorang itu ok?!! Selalunya pasangan berkahwin akan dipressure mertua (mana-ii pihak) untuk bersegeralah mempunyai anak, bagi memperolehi cahaya mata yang pertama x perlu la dirancang.. Seriously me x boleh accept with kata-ii tu (beruntungnya me x dipressure sedemikian oleh parents or MIL.. yang kaki sibuk orang luar yang x da pertalian darah tu je.. its u Rimbun!).. Siapa kata untuk mempunyai cahaya mata yang pertama x perlu dirancang? Setiap tindakan perlukan perancangan yang sempurna agar tidak menjadi beban di kemudian hari..
  Just take your time for imagine this.. Korang nak pergi holiday kat overseas, apa yang korang perlu buat? For sure korang kena ada duit, passport, pakaian, sampai sana nak tinggal mana, apa xtvt korang kat sana & segala keperluan yang berkaitan dengan perjalanan korang.. Bayangkan salah satu benda x da, mesti korang jadi unhappy with vacation korang tu kan?
  Ok memang x da kena mengena dengan anak.. But just ambil sikit pengajaran dalam contoh tadi.. 'Perancangan!' Korang x rancang untuk ada anak dari segi ekonomi dalam kehidupan bertiga or berempat (kot-ii rezeki korang untuk dapat baby twins), tempat tinggal yang selesa (sekarang ni pun me menumpang rumah parents and MIL.. coz mereka kata sementara hidup berdua, x payah membazir nak sewa rumah bagai.. @_@), kepuasan untuk menikmati hidup berdua (ni paling penting) & others.. Then apa jadi with anak korang nanti? 1st korang akan anggap anak sebagai beban (secara x sengaja, walaupun hakikatnya anak dianggap sebagai rezeki), 2nd rasa bersalah coz tambah lagi isi rumah yang kita tumpang tu (bagi pasangan yang belum ada tempat tinggal sendiri), 3rd korang x rasa kemanisan perkahwinan hidup berdua (x cukup tidur coz tengah malam kena berjaga, baby nangis, baby lapar, baby kembung & akhirnya korang bagi baby korang tinggal with parents or MIL.. Sementara kononnya!)
  Seriously me memang x ready lagi untuk jadi seorang ibu walaupun me tau ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk menjadi seorang ibu.. So me x bersungguh untuk buat rawatan itu ini for get a baby.. Asal doc kate me & encik Suami x mandul, its ok for us..
  So for all of busy body, x payah membusykan diri with bila kami nak dapat baby & everything.. Kami tau apa yang kami mahu dalam hubungan perkahwinan kami, kami tahu bagaimana untuk kekalkan perkahwinan kami agar terus bahagia.. Susah & senang yang kami lalui langsung tak membabitkan korang.. So berhentilah dari terus busy body atas nasihat-ii or tips-ii yang kami x perlu.. Bila kami perlu kami akan ikhtiar sendiri.. Thankz a lot!

feednote: me emosi coz me kesian with encik Suami yang asyik ditanya and seakan-ii kami ada sakit pulak bila diaorang suruh kami pergi buat rawatan moden & tradisional untuk dapatkan anak.. sedangkan kami sendiri yang belum bersedia! ZzzZzzZzz......

0 comments:

 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner