Thursday, May 31, 2012

Lagu - Hari Hari Aku Rindu

Assalamualaikum w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Kali ni me nak share pasal lagu ini.. Lagu ni lama dah release, zaman me sekolah lagi (x sure tahun bila).. Time tu me x berminat sangat layan coz lagu dia amat la meleret-ii jiwangnya.. But apa yang buat me nak share lirik lagu ni with u olls coz gara-ii encik Suami la..
  Ceritanya : Me yang keletihan melakukan tugas harian after balik kerja terus hilang keletihan tu gara-ii encik Suami.. Time tu encik Suami baru balik dari OT.. encik Suami nyanyi "Hari pertama kita mula bertemu, Hari kedua kita membalas senyum, Hari ketiga kau hubungi diri ku, Hari keempat rindu sering merindu.. Hari kelima kau ......" Terus me potong "Hari-ii bila nak habis?" encik Suami "Hari-ii aku rindu.." me "owh, camtu ek lagu dia? ade hari pertama, hari kedua, sampai hari ke berapa ade?" encik Suami terus menyanyi, sambil berkata "Hari-ii aku rindu.. Hari-ii la, da tajuk lagu pun Hari-ii aku rindu" me yang sangkakan encik Suami loyar buruk juz mengiyakan je.. Esoknya terus buka Youtube & search lirik kat google.. Nah, ini hasilnya!



Hari pertama kita mula bertemu
Hari kedua kita membalas senyum
Hari ketiga kau hubungi diri ku
Hari ke empat rindu sering merindu....
Hari ke lima kau bisik rahsia hati
Hari ke enam kasih kian bersemi
Hari ke tujuh kau ucap kata sayang
Terjalinlah ikatan percintaan
Kau dan aku......

Hari-hari,aku rindu
Tiap saat ku tatap potret mu
Moga-moga,kasih kita
Akan direstui,oh kekasih...

Hari-hari,aku cinta
Siang malam terbayang di mata
Jangan-jangan,hari esok
Ada yg terluka....

Berjanji lah oh kekasih ku
Berjanjilah padaku
Kan ku juang sehingga kita kini
Masih mencintai mu oh sayang ku

Mimpi-mimpi indah semalam
Janganlah dihancurkan..
Tak ingin ku berpisah kasih
Dengan diri mu..

Hari ke pertama kita mula bertemu
Hari ke dua kita membalas senyum
Hari ke tiga kau hubungi diri ku
Hari ke empat rindu sering merindu
Sering merindu......

Tuesday, May 29, 2012

Resepi - Asam Pedas Ayam

  Tengah sibuk google apa yang nak dimasak with bahan masakan utama iaitu ayam.. Tersinggah pula di http://www.myresipi.com .. Cari punya cari tertumpu la kat resepi 'Asam Pedas Ayam' Kalau x silap ada dinyatakan yang masakan ni popular dikalangan orang Johor.. Bagi me yang memang penggemar 'Asam Pedas' ni, memang x kan lepas peluang la nak mencuba masak resepi ni untuk encik Suami tercinta muah muah kan https://www.facebook.com/hakimimazlann .. Hasil masakan me untuk hari ni sementara menunggu kepulangan encik Suami, hasilnya memang boleh dipuji oleh diri me sendiri.. hehehe..

  Ok ni nak share la with u olls.. Apa yang me masak & menjadi kesukaan me, memang me x kan kedekut untuk share.. Terpulang pada u olls nak follow or x..

Asam Pedas Ayam


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor Ayam (potong 8/10/12)
  • 35 tangkai Cili Kering (gunting, rendam dan tos)
  • 7 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit
  • 1 inci Halia
  • Sebesar saiz ibu jari Belacan
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 50gm Daun Kesum
  • Sekuntum Bunga Kantan (belah 5)
  • Air Asam Jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan Air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lada Hitam secukupnya
  • Bendi/Terung

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup periuk sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam, gaul sebati
  6. Tambah air
  7. Akhir sekali, tutup periuk dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambah sedikit lada hitam

P/S: Selamat menjamu selera!

Wednesday, May 23, 2012

Slot Samarinda TV3 - Ameera



  Pernah dengar drama bersiri Ameera? Sekarang sedang ditayangkan di Slot Samarinda TV3.. Mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 hari Rabu, drama bersiri ini akan bersiaran selama 30minit pada setiap Selasa Rabu dan Khamis.. Pada hari Selasa dan Rabu drama bersiri ini akan disiarkan pada jam 22:30-23:00, manakala pada hari Khamis pula drama ini akan bersiaran pada jam 21:30-22:00.. Drama bersiri ini adalah arahan Murali Abdullah.. OST untuk series ini lagu Andai Ku Bercinta Lagi dinyanyikan oleh Mojo (1sttime me dengar lagu ni me sangkakan Awie yang nyanyi ok).. Drama bersiri ini mempunyai 25 episod yang pastinya mampu bermain dengan perasaan u olls!
  Apa yang menarik perhatian me untuk menonton series ni opkoz la sebab peneraju utamanya iaitu Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Yusof sebagai Amir/Ameer.. Drama bersiri ini akan menjadi salah satu drama bersiri favourite me..
  Cerita bermula with babak honeymoon Amir & Ameera dan bermula satu insiden yang menyebabkan Ameera di operate kerana melibatkan sistem peranakan Ameera.. Akhirnya 5 tahun berlalu dan Ameera disahkan mandul.. Ameera dan Amir membuka bisnes perniagaan mewah bersama dan hidup dalam keadaan mewah.. Time Ameera & Amir celebrate anniversary yang ke 5 muncul Jasmin Hamid sebagai Puan Suraya bagi kotak and wish 'Happy Anniversary' kat Ameera & Amir depan pagar rumah diaorang.. Dalam kotak tu berisi gambar Marissa calon menantu pilihan Puan Suraya yang super gedik (pelakon baru biasa la, sekali pandang muka macam Syikin Kamal yang berlakon dalam filem LBS, DM & UU)..
  Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Amir masih enggan mengahwini Marissa yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Amir juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Amir untuk mewarisi perniagaan keluarga.
  Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Amir supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Amir menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.
  Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.
  Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Amir. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.
  Amir pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Amir agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Amir bersetuju.
  Amir dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Amir juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Amir
  Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Amir. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Amir daripadanya. Amir telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.
 Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Amir daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?
  Ok me pun suspen juga ni, mana x nya me pun da married and belum ada tanda nak menimang cahaya mata.. Me dapat la menyelami jiwa Ameera tu kan.. Sob sob..

Credit to: www.budiey.com/sinopsis drama bersiri Ameera

Thursday, May 17, 2012

Tips - 6 cara untuk pertahankan cinta

Cinta
Bila ada tak di Hargai
Bila pergi di Rindui
Bila hilang di Tangisi

  Now, me nak cerita 'bout CINTA.. Apa ertinya cinta buat u olls? Me dah lalui bermacam cerita cinta.. Ada yang still kekal dalam ingatan, ada yang sengaja tak nak di ingat..
  Beruntungnya me bila kisah cinta me yang gagal semuanya cinta monyet (sorry, me x de la terkinja-kinja cam monyet).. Kisah cinta me ada yang dihalang orang tua lelaki, ada yang sebab orang ketiga, ada yang me sendiri yang jadi orang ketiga.. Cinta yang kekal hingga kini adalah cinta pertama me with seorang jejaka yang bernama Mohd. Hakimi.. encik Suami pun mengakui me adalah cinta pertama dia kerana cinta yang lalu sekadar persinggahan and pengaruh kawan (boleh erk gitu? whatever lah janji encik Suami dah sah jadi milik me)..
  Now me dah lalui semua proses kitaran hubungan berKENALan, berKAWAN, berCINTA, meRISIK, berTUNANG, meNIKAH, berSANDING & berTANDANG (mempunyai cahaya mata je belum de rezeki lagi, x pe baru 6 bulan).. Dugaan pun dah macam-macam yang dihadapi, but maybe coz jodoh kami kuat bagaikan #SuperHeroes so berkekalan hingga ke jinjang pelaminkan?

  Ada sesiapa nak share kitaran masa percintaan u olls? Kitaran masa hubungan me with encik Suami x menentu, ada masa pendek dan panjang..

           ♥♥  Kenal + Kawan ~ 4 May 2007 (9 bulan 16 hari)
           ♥♥  Couple + Cinta ~ 20 February 2008 (2 tahun 7 bulan 20 hari)
           ♥♥  Risik + Tunang ~ 10 October 2010 (1 tahun 1 bulan 1 hari)
           ♥♥  Nikah + Kahwin ~ 11 November 2011


  Ok, stop cerita pasal me.. Me nak share pasal tips kekalkan hubungan cinta u olls yang suka gaduh-gaduh minta putus or cerai tu..

1. Percaya
Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. Haa, mesti u olls pernah dengar bait lirik tu kan? Walaupun me x minat AF, me ambil contoh bait lirik tu as peringatan untuk me terus mempercayai encik Suami. Sometimes me memang ada rasa ragu-ragu with encik Suami (its normal when sometimes your boyfi x setia with you.. bagi me biar kantoi curang before married, jangan kantoi de cawangan lain lepas kahwin da lar.. tol x?)
2. Setia
Salah satu faktor untuk percintaan u olls berkekalan hingga ke akhirnya, InsyaAllah.. Bagi lelaki if diaorang curang x apa coz diaorang boleh kahwin sampai empat.. But if u olls yang perempuan curang, susah untuk boyfi u olls terima.. Silap haribulan time tu gak u olls kena tinggal.. (Cuba try if u olls x caya! hehehe)
3. Jujur
Please bersikap jujur with boyfi u olls.. Lelaki memang banyak yang suka cakap bohong dari berkata benar.. But u olls jangan la ikut teladan yang x baik plak.. Biar je boyfi u olls menipu, bila dia dah habis menipu u olls suarakan kebenaran yang u olls tau.. Biar boyfi u olls malu sendiri.. Me nasihat u olls x menipu coz boyfi u olls akan terus trap u as pembohong when diaorang buat kesalahan.. ungkit mengungkit akan berlaku yang pasti u olls yang paling teruk akan dipersalahkan.. (me amat beruntung coz encik Suami x dapat beza kebenaran or pembohongan from me.. coz anything I have a proof)
4. Mengalah
Ni salah satu perkara yang u olls mesti lakukan walaupun susah.. Its be'coz kaum-kaum boyfi ni teramat lah ego walaupun memang diaorang yang bersalahkan? If u olls sayangkan hubungan tu cara terbaik ialah mengalah.. Memang sukar, but tu yang buat boyfi u olls rasa u olls banyak berkorban perasaan untuknya.. (tu yang encik Suami cakap kat me)
5. Tabah
When your boyfi kantoi curang misalnya.. Me akui memang the first thing u olls akan buat ialah mengamuk.. For sure akan ada perang with pihak girl yang di sebelah sana.. But percaya lar, bukan tu yang me buat.. Sometimes when encik Suami kantoi ada girl lain bukan me yang siasat.. But girl tu yang akan muncul, contact me, x kenalkan diri and ask me who am i or apa hubungan me with encik Suami.. Tiap kali terjadinya perkara tu jawapan #SuperSpontan yang akan keluar dari mulut me adalah kami #HanyaKawan.. Selebihnya me akan adakan soal siasat with encik Suami.. Kesal and hati pun tercalar.. But me cuba untuk letakkan tahap kemarahan me seminimum mungkin.. (tabahkanlah hati mu, sesungguhnya dugaan percintaan tiada hentinya)
6. Sabar
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh boyfi u olls when da kantoi have another girl dia pergi pujuk rayu that girl and biar u sorang-sorang.. Mesti berbekas kat hati u olls kan? Then bila 2-3days or 1week lah senang cerita baru boyfi u olls pujuk u olls dengan alasan nak bagi u olls menenangkan hati and fikiran.. Agak kejam bila that girl contact u and bagitau boyfi u olls ada je dengan dia sepanjang 1 week yang boyfi biarkan u olls tu.. Me nasihatkan u olls nangis and lepaskan la semuanya, jangan di pendam.. Biar boyfi u olls tau apa yang tersimpan dalam hati u olls and if u olls still nak teruskan hubungan, bersabarlah sayang.. Kemenangan akan menjadi milik mu.. (finally, the best women always win!)

  Nampak mudah.. But jujur me bagitau me nak lakukan semua yang kat atas teramat amat amat lah susah! Haa, nampak x susahnya? hehehe.. But u olls kena praktikkan la if nak berkekalan.. Alhamdulillah, hubungan me berjaya ke jinjang pelamin.. Me harap u olls juga begitu.. Daa~♥

P/S: Zaman berCINTA dulu sibuk lar orang dengki-dengkikan bila me update pasal me & encik pakwe.. Ade lar yang nak mengata me desperate, batak sangat nak bagitau orang me ada pakwe.. Me malas nak gaduh me remove and blocked dia from #FB friend.. Me x perlu orang semak menyemak dalam hidup me.. So to perempuan yang nickname nya 'Betoz please go far away from my life.. No need to be talam with me! At least me x curang with boyfi & tunang sendiri, then menjalin cinta with hubby orang lain ok! (selit iklan luahan perasaan jap)
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner