Wednesday, May 23, 2012

Slot Samarinda TV3 - Ameera



  Pernah dengar drama bersiri Ameera? Sekarang sedang ditayangkan di Slot Samarinda TV3.. Mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 hari Rabu, drama bersiri ini akan bersiaran selama 30minit pada setiap Selasa Rabu dan Khamis.. Pada hari Selasa dan Rabu drama bersiri ini akan disiarkan pada jam 22:30-23:00, manakala pada hari Khamis pula drama ini akan bersiaran pada jam 21:30-22:00.. Drama bersiri ini adalah arahan Murali Abdullah.. OST untuk series ini lagu Andai Ku Bercinta Lagi dinyanyikan oleh Mojo (1sttime me dengar lagu ni me sangkakan Awie yang nyanyi ok).. Drama bersiri ini mempunyai 25 episod yang pastinya mampu bermain dengan perasaan u olls!
  Apa yang menarik perhatian me untuk menonton series ni opkoz la sebab peneraju utamanya iaitu Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Yusof sebagai Amir/Ameer.. Drama bersiri ini akan menjadi salah satu drama bersiri favourite me..
  Cerita bermula with babak honeymoon Amir & Ameera dan bermula satu insiden yang menyebabkan Ameera di operate kerana melibatkan sistem peranakan Ameera.. Akhirnya 5 tahun berlalu dan Ameera disahkan mandul.. Ameera dan Amir membuka bisnes perniagaan mewah bersama dan hidup dalam keadaan mewah.. Time Ameera & Amir celebrate anniversary yang ke 5 muncul Jasmin Hamid sebagai Puan Suraya bagi kotak and wish 'Happy Anniversary' kat Ameera & Amir depan pagar rumah diaorang.. Dalam kotak tu berisi gambar Marissa calon menantu pilihan Puan Suraya yang super gedik (pelakon baru biasa la, sekali pandang muka macam Syikin Kamal yang berlakon dalam filem LBS, DM & UU)..
  Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Amir masih enggan mengahwini Marissa yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Amir juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Amir untuk mewarisi perniagaan keluarga.
  Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Amir supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Amir menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.
  Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.
  Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Amir. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.
  Amir pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Amir agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Amir bersetuju.
  Amir dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Amir juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Amir
  Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Amir. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Amir daripadanya. Amir telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.
 Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Amir daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?
  Ok me pun suspen juga ni, mana x nya me pun da married and belum ada tanda nak menimang cahaya mata.. Me dapat la menyelami jiwa Ameera tu kan.. Sob sob..

Credit to: www.budiey.com/sinopsis drama bersiri Ameera

0 comments:

 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner