Tuesday, May 29, 2012

Resepi - Asam Pedas Ayam

  Tengah sibuk google apa yang nak dimasak with bahan masakan utama iaitu ayam.. Tersinggah pula di http://www.myresipi.com .. Cari punya cari tertumpu la kat resepi 'Asam Pedas Ayam' Kalau x silap ada dinyatakan yang masakan ni popular dikalangan orang Johor.. Bagi me yang memang penggemar 'Asam Pedas' ni, memang x kan lepas peluang la nak mencuba masak resepi ni untuk encik Suami tercinta muah muah kan https://www.facebook.com/hakimimazlann .. Hasil masakan me untuk hari ni sementara menunggu kepulangan encik Suami, hasilnya memang boleh dipuji oleh diri me sendiri.. hehehe..

  Ok ni nak share la with u olls.. Apa yang me masak & menjadi kesukaan me, memang me x kan kedekut untuk share.. Terpulang pada u olls nak follow or x..

Asam Pedas Ayam


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor Ayam (potong 8/10/12)
  • 35 tangkai Cili Kering (gunting, rendam dan tos)
  • 7 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit
  • 1 inci Halia
  • Sebesar saiz ibu jari Belacan
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 50gm Daun Kesum
  • Sekuntum Bunga Kantan (belah 5)
  • Air Asam Jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan Air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lada Hitam secukupnya
  • Bendi/Terung

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup periuk sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam, gaul sebati
  6. Tambah air
  7. Akhir sekali, tutup periuk dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambah sedikit lada hitam

P/S: Selamat menjamu selera!

0 comments:

 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner