Monday, October 29, 2012

Lagu - Ku Pilih Hati Mu

  Assalamualaikum w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Lagu ni me dengar time jadi opening cerita SaifulNita slot Samarinda TV3 (episod akhir ditayangkan pada hari Selasa bertarikh 30/10/2012).. Cerita dia me x ikut sangat,.. But tiap kali keluar iklan next episode dengar lirik part chorus, SELALU! (almaklumlah TV3 kan ada BANYAKKKKKK iklan).. So tanpa segan silu me pun cari la lagu ni melalui lirik yang biasa me dengar.. Then boom! Keluarlah nama penyanyi and tajuk lagu.. Andhika Pratama feat.Ussy Sulistiawati... erk, siapa tu? Then GooGLe images plak.. Ini hasilnya......




Owh, pasangan suami isteri rupanya..

Ok, nampak couple ini agak sweet.. Tengah bahagia melayari kehidupan suami isteri nampaknya ya.. Tengok video pun romantis gitu (walau me x faham apa motif video clip itu)..

FYI, encik Suami pun in love with lagu ni.. Disebabkan encik Suami juga la, me semangat duk GooGLe pasal lagu ni.. hehehe.. Panjang lebar duk cerita.. Nah, ini liriknya......


Ku pilih hati mu tak ada ku ragu

Mencinta mu adalah hal yang terindah
Dalam hidup ku oh sayang
Kau detak jantung hati ku



Setiap nafas ku hembuskan nama mu
Sumpah mati hati ingin memilih mu
Dalam hidup ku oh sayang
Kau segalanya untuk ku



Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat raga ku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Setiap nafas ku (setiap nafas ku)
Hembuskan nama mu (hembuskan nama mu)
Sumpah mati (sumpah mati
Hati ingin memilih mu (ku milik mu)
Dalam hidup ku oh sayang
Kau segalanya untuk ku ooh



Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti (sampai nanti) di saat raga ku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Hoooooo tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti (sampai nanti) di saat nafas ku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati



Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir



Hoooooo tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti (sampai nantidi saat nafas ku 
Sudah tidak berhembus lagi (tak berhembus lagi)
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati




feednote: Usia antara mereka, Ussy tua 6tahun tau and ada 2orang anak.. 1orang hasil dari perkahwinan sebelumnya, 1orang lagi anak angkat yang diambil ketika Ussy belum pernah berkahwin lagi.. Kuasa cinta, apa sangat la dengan nombor umur? Me and encik Suami pun, me tua 5bulan 4hari.. Boleh camtu? hehehe..

Thursday, October 11, 2012

Tentang Dia - Allahyarhamah Nurul Nabilah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera..

  Artikel kali ni me nak share pasal pemergian mengejut ibu saudara me (adik bongsu kepada ibu me.. if 1 ayah, arwah anak yang ke 13.. if 1 mak, arwah anak yang ke 7.. if 1 ayah n 1 mak, arwah anak yang ke 4..)

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurul Nabilah dan mereka-ii yang telah pergi dulu sebelum kita..

Pengenalan
Nama : Nurul Nabilah Binti Daud @ Abu Bakar
Tarikh lahir : 04/05/1994
Tarikh meninggal dunia : 08/10/2012
Tempat lahir : Asrama Latihan Kesihatan Rembau Negeri Sembilan
Tempat meninggal dunia : Depan Masjid Durian Daun Masjid Tanah Melaka
Pendidikan : Sekolah Rendah Arab Jaim Al-Falah, Jelatang, Alor Gajah, Melaka.. Sekolah Menengah Arab Jaim Al-Asyraf, Bukit Mercha,t Tanjung Limau Luar, Pulau Sebang, Melaka.. Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka..

Karakter
  Seorang yang aktif, suka dengan xtvt lasak, seorang yang periang, suka sakat orang and lain-ii yang sewaktu dengannya..



Ceritanya
  Pada 08/10/2012 hari Isnin bersamaan dengan 22 Zulkaedah 1433 me sefamily dikejutkan dengan pemergian Su/Cik Nonoi yang terlibat dengan kemalangan jalanraya sehingga meragut nyawa beliau jam 8.30a.m.. Perasaan me time tu x payah cerita la.. Macam-ii yang -ve, hanya Tuhan yang tahu.. Serius x boleh accept.. But nak buat macam mana, dah tertulis Cik Nonoi akan pergi dengan cara macam tu.. So me redha je la..
  Me sefamily (encik Suami, encik ayah, Puan ibu, Cik Kak Chik, encik aLang, Cik Teh, Cik uda, Cik Su and encik ecal) bergegas pulang ke kampung Alor Gajah Melaka.. But Puan ibu and Cik Kak Chik gerak dulu gi ngan Pak Cik Fadil sefamily.. Trip me terpaksa tunggu encik ayah ambil Cik Teh and Cik uda balik sekolah (halfday).. Bila dah settle semua hal kat KL termasuk singgah ke office encik Suami for apply emergency leave, encik Suami drive ke Melaka..
  Bila dah sampai Melaka Puan ibu call encik ayah bagitau jenazah belum bawa balik still tengah post mortem.. So kami singgah ke Medan Selera Alor Gajah and isi perut masing-ii yang x makan sejak semalam kecuali encik ayah yang tiba-ii hilang.. Then lebih kurang dalam 30 ke 40 minit dapat call yang jenazah tengah disembahyangkan.. Terus me gesa semua adik-ii makan cepat and cari encik ayah.. Rupanya encik ayah ada kat Surau..
  Perjalanan dari Medan Selera ke Kampung Lendu ambil masa dari 10-15minit.. Memang me dah nangis-ii dalam kereta berharap sempat tengok and cium jasad arwah buat kali terakhir.. Bila sampai je memang ramai sangat orang (arwah memang disenanggi with orang-ii sekeliling).. Me terus lari masuk rumah sambil tahan airmata dari mengalir.. Time tu kalau ikut dah siap kapan and tutup muka arwah.. Puan ibu buka balik untuk bagi me adik beradik cium arwah.. Perasaan masa tu...... Beratnya nak terima.. Muka arwah nampak tenang, macam tengah tidur je.. Me terus melutut and cium dahi arwah.. Sejuk sangat.. Ya Allah! Sedih x terkata..
  Lebih kurang jam 3p.m jenazah dikebumikan.. Petang esoknya (09/10/2012) baru buat kenduri tahlil untuk arwah 3hari berturut-ii.. But petang lepas kenduri tahlil yang pertama dah bergerak balik KL, coz encik Suami dah start kerja (10/10/2012).. But Puan ibu and Cik Kak Chik balik hari Rabu with family Pak Cik Fadil..
  Actually me terkilan sangat-ii coz me ada janji dengan arwah nak jumpa Raya Haji (26/10/2012) nanti me akan balik kampung with encik Suami.. Time tu plak arwah baru update status pasal kecik hati with PakCik Nasir and Nenek.. So kononnya me akan balik untuk dengar luahan hati arwah.. But x tau la, dari cara apa yang me borak dengan arwah kat FB.. Macam me plak yang tau arwah akan pergi meninggalkan kami.. Serius sedih!

Kali terakhir me chat kat fb dengan arwah (2minggu sebelum arwah pergi)

Artikel and link yang berkaitan dengan kemalangan arwah :-

Harian Metro :
http://www.hmetro.com.my/articles/PelajarkolejkomunitimautdalamkemalanganmotosikaldiMasjidTanah/Article//
Frontpage Harian Metro 09/10/2012
Harian Metro 09/10/2012
Harian Metro on9 09/10/2012

Berita Harian :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ciumanakhirjadikenangan/Article?fb_action_ids=540502602632576&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.UHOCmqjGsCE.like&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582

Frontpage Berita Harian 09/10/2012


Berita Harian 09/10/2012

Sinar Harian :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sempat-cium-ibu-sebelum-tinggalkan-rumah-1.92698

Sinar Harian 09/10/2012
  Me kalau balik kampung memang selalu cari and borak dengan arwah and Cik Budin, dari pakcik-ii lelaki yang lain cam Cik aziz and Cik Nasir.. Coz yang mereka berdua tu dimonopoli oleh Kak Chik.. If time lain pun if balik arwah x da kat rumah coz stay kat hostel sekolah.. But me rasa selalu if me balik memang arwah ada je sambut kedatangan me.. Terasa kehilangan sangat-ii, time type article ni pun sambil lap-ii airmata yang laju je turun kenangkan arwah yang x mungkin kembali..

Surah Al-Fatihah
feednote:  Semoga roh arwah sentiasa dipelihara serta ditempatkan dikalangan orang-ii yang beriman.. Cik Nonoi (Allahyarhamah Nurul Nabilah), moga roh Cik Nonoi tenang disana.. Amin~

Thursday, October 4, 2012

Musuh lama muncul lagi!!!

Assalamualaikum w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Entri kali ni me nak sembang pasal topik SAKIT HATI!!! Pernah x korang tengah lalui hari-ii yang bahagia then tetiba group or something yang korang create ada request to join by someone yang korang memang pernah sakit hati sangat-ii once time ago (more than once actually!)..
  Group yang me create ni memang la for satukan bebudak sekolah rendah yang same batch with me.. But, me langsung x teringat akan kewujudan beliau, and now after 2years my group bergerak active with pelbagai xtvt.. Then tetiba today me dapat notifications at facebook M....... Q...... request to join group Sekolah Kebangsaan Sentul (1) batch 1995-2000..
  So apa perasaan korang if mereka tu orang yang suka kutuk-ii korang, cakap belakang-ii and sometimes berdiri x jauh dengan korang and perli-ii sampai korang terasa yang kata-ii dia tu tuju kat korang?
  Me as a profesional co founder a.k.a. CEO group opkoz la try to be matured and approve request beliau tu kan? But serius la, sakit hati sangat-ii! Rasa cam nak reject and blocked dia terus dari group (group je pun apadahal!).. But nanti macam me x bersikap adil and pilih kasih plak.. Da la tujuan asal me create group tu for Jejak Kasih with kawan-ii yang terpisah since year 2000 onwards.. Then if me blocked dia dari joined takut kawan-ii yang memang tengah cari dia, x dapat jumpa sampai bila-ii (ada ke orang nak cari dia? until now nobody start intro with her! hahaha)..
  Actually me bukan nak burukkan dia sangat la.. But seriously she's the one has a culture shocked and x silap me sekolah pun x habis..
  Then x sampai beberapa jam keluar plak notification F..... S..... has added by A... I.... I..... 7hours ago.. Arrggghhhh, jammed terus otak me.. Muncul plak bff dia yang ikut sama mulut longkang suka cari pasal with me yang gojes ni.. huhuhu.. Kata orang if someone or anyone yang cari pasal with kita and cakap buruk pasal kita (means mengumpat!) itu bermakna kisah hidup kita lebih menarik untuk dijadikan cerita.. hehehe..
  So apo nak dikato? Redho jo lah jang oii! Jangan sampai ada yang menyalak and me nak kena berpantun plak untuk menjinakkan mereka.. Rawrrr!

feednote: kenapa Totally Spies? coz diaorang tu ibarat Wendy yang busuk hati!!! (eh, Wendy ke Sandy?)

Friday, September 21, 2012

Kata mereka - Bila nak dapat baby?

Assalamualaikum..w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Entri kali ni me nak luahkan rasa sakit hati yang terpaksa dihadap with cakap-ii orang keliling.. Well, mulut orang mana boleh tutupkan? Sedangkan mulut tempayan boleh ditutup lagi, ye x?
  Kalau korang alert with lumrah hidup manusia (especially mereka-ii yang suka buat mesyuarat persatuan x bersatu ni) akan tanya kat korang yang anak gadis la terutamanya.. anak teruna agak terselamat jadi mangsa kpochi mereka-ii ni..


Kalau belum kahwin, soalannya "Bila nak kahwin?"
Kalau dah kahwin, "Bila nak dapat baby?" "Dah ada isi ke?" Sambil mata pandang ke perut.. Bagi me yang perut x berapa nak kempis mula la cepat tahan nafaskan? @_@
Lebih kurang lepas setahun perkahwinan korang mulalah cerita-ii yang indah untuk didengar keluar dari mulut mereka-ii itu..
Bagi yang bernasib baik memperolehi cahaya mata dalam kadar segera tu, akan ditanya la pula with soalan "Bila nak tambah baby?"
Macam tu la seterusnya yang mana semuanya akan dipenuhi dengan ???..

  Malay typical.. Usually pasangan yang berkahwin akan peroleh cahaya mata paling cepat sebelum usia perkahwinan mencapai setahun.. Mereka-ii akan berkata (seakan bertaruh) "Lepas setahun dua pernikahan mereka akan dapat anak.. Confirm!" erk? Hei! Kamu bukan Tuhan untuk menentukan rezeki & takdir seseorang itu ok?!! Selalunya pasangan berkahwin akan dipressure mertua (mana-ii pihak) untuk bersegeralah mempunyai anak, bagi memperolehi cahaya mata yang pertama x perlu la dirancang.. Seriously me x boleh accept with kata-ii tu (beruntungnya me x dipressure sedemikian oleh parents or MIL.. yang kaki sibuk orang luar yang x da pertalian darah tu je.. its u Rimbun!).. Siapa kata untuk mempunyai cahaya mata yang pertama x perlu dirancang? Setiap tindakan perlukan perancangan yang sempurna agar tidak menjadi beban di kemudian hari..
  Just take your time for imagine this.. Korang nak pergi holiday kat overseas, apa yang korang perlu buat? For sure korang kena ada duit, passport, pakaian, sampai sana nak tinggal mana, apa xtvt korang kat sana & segala keperluan yang berkaitan dengan perjalanan korang.. Bayangkan salah satu benda x da, mesti korang jadi unhappy with vacation korang tu kan?
  Ok memang x da kena mengena dengan anak.. But just ambil sikit pengajaran dalam contoh tadi.. 'Perancangan!' Korang x rancang untuk ada anak dari segi ekonomi dalam kehidupan bertiga or berempat (kot-ii rezeki korang untuk dapat baby twins), tempat tinggal yang selesa (sekarang ni pun me menumpang rumah parents and MIL.. coz mereka kata sementara hidup berdua, x payah membazir nak sewa rumah bagai.. @_@), kepuasan untuk menikmati hidup berdua (ni paling penting) & others.. Then apa jadi with anak korang nanti? 1st korang akan anggap anak sebagai beban (secara x sengaja, walaupun hakikatnya anak dianggap sebagai rezeki), 2nd rasa bersalah coz tambah lagi isi rumah yang kita tumpang tu (bagi pasangan yang belum ada tempat tinggal sendiri), 3rd korang x rasa kemanisan perkahwinan hidup berdua (x cukup tidur coz tengah malam kena berjaga, baby nangis, baby lapar, baby kembung & akhirnya korang bagi baby korang tinggal with parents or MIL.. Sementara kononnya!)
  Seriously me memang x ready lagi untuk jadi seorang ibu walaupun me tau ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk menjadi seorang ibu.. So me x bersungguh untuk buat rawatan itu ini for get a baby.. Asal doc kate me & encik Suami x mandul, its ok for us..
  So for all of busy body, x payah membusykan diri with bila kami nak dapat baby & everything.. Kami tau apa yang kami mahu dalam hubungan perkahwinan kami, kami tahu bagaimana untuk kekalkan perkahwinan kami agar terus bahagia.. Susah & senang yang kami lalui langsung tak membabitkan korang.. So berhentilah dari terus busy body atas nasihat-ii or tips-ii yang kami x perlu.. Bila kami perlu kami akan ikhtiar sendiri.. Thankz a lot!

feednote: me emosi coz me kesian with encik Suami yang asyik ditanya and seakan-ii kami ada sakit pulak bila diaorang suruh kami pergi buat rawatan moden & tradisional untuk dapatkan anak.. sedangkan kami sendiri yang belum bersedia! ZzzZzzZzz......

Tuesday, June 26, 2012

Resepi - Sambal Telur Ayam Rebus Goreng

  Mood memasak hari ni resepi berasaskan telur ayam coz weekend baru ni encik Suami beli telur ayam 30biji.. Memandangkan encik Suami balik petang ni, so haruslah me memasak untuk encik Suami kan? Dah la dalam seminggu, 4hari je encik Suami dapat luangkan masa dengan me.. Hari ni terlintas la nak masak sambal telur ayam rebus goreng untuk encik Suami.. Hope dia suka la! Untungnya me coz dapat suami yang x cerewet and makan apa je yang me masak, x kira sedap or x.. Senyuman and pujian je la yang sentiasa ada kat bibir dia lepas makan masakan me..
  U ollz boleh la try kot-ii selera kita sama.. Tapi sambal ni biasa je, yang penting makan dengan nasi putih yang baru dimasak memang superb la hasilnya bila bergabung and meletup kat lidah kita kan.. Selamat mencuba!

Sambal Telur Ayam Rebus Goreng

Bahan-bahan ( 3-6orang )

6 biji Telur Ayam - di rebus kemudian goreng sebentar
2 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
3 senduk besar Cili Kisar
3 sudu makan Udang Kering - di kisar
1 mangkuk kecil Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
Minyak Masak untuk menumis
Sedikit Belacan

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masak hingga sambal jadi pekat.
5. Tambah garam.
6. Masukkan telur ayam yang telah di rebus dan di goreng tadi.
7. Kacau hingga sebati.


Hasilnya..... Selamat menjamu selera! ^_^

Wednesday, June 20, 2012

Resepi - Hati Ayam Hot&Spicy

  Hari ni mood nak masak Hati Ayam nak tambah darah.. Nak masak kerang amatlah malas untuk mencuci selut-ii kat kerang tu kan? (eh, betul ke selut?) Tengah syok search kat http://www.myresipi.com terjumpa la resepi ni.. Hati Ayam Hot&Spicy.. Caraaa x nama makanan ni? Ok, malas nak cerita panjang me just share a.k.a copy paste.com je kat sini..

Hati Ayam Hot & Spicy


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1/2 kilo hati ayam
  • 30 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan & kesukaan )
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk perasa, garam dan gula
  • sedikit kicap manis
  • (hati perlu digoreng terlebih dahulu besama kunyit & garam)
  • sedikit minyak (untuk menumis)
  • 2 batang serai- dititik

Cara-cara

  1. kisarkan bawang merah,bawang putih, halia & cili padi.
  2. kemudian, tumis bahan yang telah dikisar tadi bersama-sama serai sehingga naik bau.
  3. setelah naik bau. masukkan sedikit kicap,garam, gula,& serbuk perasa. (jangan lupa masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering) dan didihkan.
  4. setelah mendidih, masukkan hati ayam yang telah digoreng dan kacau sehingga rata.didihkan seketika. setelah mendidih angkat dan sedia dihidang bersama nasi putih.


Ni hasilnya letak sikit pinggan bukan main besar lagi.. Failed jadi MasterChef!

P/S: Selamat menjamu selera!

Thursday, May 31, 2012

Lagu - Hari Hari Aku Rindu

Assalamualaikum w.b.t.. & Salam sejahtera..

  Kali ni me nak share pasal lagu ini.. Lagu ni lama dah release, zaman me sekolah lagi (x sure tahun bila).. Time tu me x berminat sangat layan coz lagu dia amat la meleret-ii jiwangnya.. But apa yang buat me nak share lirik lagu ni with u olls coz gara-ii encik Suami la..
  Ceritanya : Me yang keletihan melakukan tugas harian after balik kerja terus hilang keletihan tu gara-ii encik Suami.. Time tu encik Suami baru balik dari OT.. encik Suami nyanyi "Hari pertama kita mula bertemu, Hari kedua kita membalas senyum, Hari ketiga kau hubungi diri ku, Hari keempat rindu sering merindu.. Hari kelima kau ......" Terus me potong "Hari-ii bila nak habis?" encik Suami "Hari-ii aku rindu.." me "owh, camtu ek lagu dia? ade hari pertama, hari kedua, sampai hari ke berapa ade?" encik Suami terus menyanyi, sambil berkata "Hari-ii aku rindu.. Hari-ii la, da tajuk lagu pun Hari-ii aku rindu" me yang sangkakan encik Suami loyar buruk juz mengiyakan je.. Esoknya terus buka Youtube & search lirik kat google.. Nah, ini hasilnya!



Hari pertama kita mula bertemu
Hari kedua kita membalas senyum
Hari ketiga kau hubungi diri ku
Hari ke empat rindu sering merindu....
Hari ke lima kau bisik rahsia hati
Hari ke enam kasih kian bersemi
Hari ke tujuh kau ucap kata sayang
Terjalinlah ikatan percintaan
Kau dan aku......

Hari-hari,aku rindu
Tiap saat ku tatap potret mu
Moga-moga,kasih kita
Akan direstui,oh kekasih...

Hari-hari,aku cinta
Siang malam terbayang di mata
Jangan-jangan,hari esok
Ada yg terluka....

Berjanji lah oh kekasih ku
Berjanjilah padaku
Kan ku juang sehingga kita kini
Masih mencintai mu oh sayang ku

Mimpi-mimpi indah semalam
Janganlah dihancurkan..
Tak ingin ku berpisah kasih
Dengan diri mu..

Hari ke pertama kita mula bertemu
Hari ke dua kita membalas senyum
Hari ke tiga kau hubungi diri ku
Hari ke empat rindu sering merindu
Sering merindu......

Tuesday, May 29, 2012

Resepi - Asam Pedas Ayam

  Tengah sibuk google apa yang nak dimasak with bahan masakan utama iaitu ayam.. Tersinggah pula di http://www.myresipi.com .. Cari punya cari tertumpu la kat resepi 'Asam Pedas Ayam' Kalau x silap ada dinyatakan yang masakan ni popular dikalangan orang Johor.. Bagi me yang memang penggemar 'Asam Pedas' ni, memang x kan lepas peluang la nak mencuba masak resepi ni untuk encik Suami tercinta muah muah kan https://www.facebook.com/hakimimazlann .. Hasil masakan me untuk hari ni sementara menunggu kepulangan encik Suami, hasilnya memang boleh dipuji oleh diri me sendiri.. hehehe..

  Ok ni nak share la with u olls.. Apa yang me masak & menjadi kesukaan me, memang me x kan kedekut untuk share.. Terpulang pada u olls nak follow or x..

Asam Pedas Ayam


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor Ayam (potong 8/10/12)
  • 35 tangkai Cili Kering (gunting, rendam dan tos)
  • 7 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit
  • 1 inci Halia
  • Sebesar saiz ibu jari Belacan
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 50gm Daun Kesum
  • Sekuntum Bunga Kantan (belah 5)
  • Air Asam Jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan Air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lada Hitam secukupnya
  • Bendi/Terung

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup periuk sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam, gaul sebati
  6. Tambah air
  7. Akhir sekali, tutup periuk dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambah sedikit lada hitam

P/S: Selamat menjamu selera!

Wednesday, May 23, 2012

Slot Samarinda TV3 - Ameera



  Pernah dengar drama bersiri Ameera? Sekarang sedang ditayangkan di Slot Samarinda TV3.. Mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 hari Rabu, drama bersiri ini akan bersiaran selama 30minit pada setiap Selasa Rabu dan Khamis.. Pada hari Selasa dan Rabu drama bersiri ini akan disiarkan pada jam 22:30-23:00, manakala pada hari Khamis pula drama ini akan bersiaran pada jam 21:30-22:00.. Drama bersiri ini adalah arahan Murali Abdullah.. OST untuk series ini lagu Andai Ku Bercinta Lagi dinyanyikan oleh Mojo (1sttime me dengar lagu ni me sangkakan Awie yang nyanyi ok).. Drama bersiri ini mempunyai 25 episod yang pastinya mampu bermain dengan perasaan u olls!
  Apa yang menarik perhatian me untuk menonton series ni opkoz la sebab peneraju utamanya iaitu Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Yusof sebagai Amir/Ameer.. Drama bersiri ini akan menjadi salah satu drama bersiri favourite me..
  Cerita bermula with babak honeymoon Amir & Ameera dan bermula satu insiden yang menyebabkan Ameera di operate kerana melibatkan sistem peranakan Ameera.. Akhirnya 5 tahun berlalu dan Ameera disahkan mandul.. Ameera dan Amir membuka bisnes perniagaan mewah bersama dan hidup dalam keadaan mewah.. Time Ameera & Amir celebrate anniversary yang ke 5 muncul Jasmin Hamid sebagai Puan Suraya bagi kotak and wish 'Happy Anniversary' kat Ameera & Amir depan pagar rumah diaorang.. Dalam kotak tu berisi gambar Marissa calon menantu pilihan Puan Suraya yang super gedik (pelakon baru biasa la, sekali pandang muka macam Syikin Kamal yang berlakon dalam filem LBS, DM & UU)..
  Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Amir masih enggan mengahwini Marissa yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Amir juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Amir untuk mewarisi perniagaan keluarga.
  Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Amir supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Amir menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.
  Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.
  Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Amir. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.
  Amir pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Amir agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Amir bersetuju.
  Amir dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Amir juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Amir
  Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Amir. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Amir daripadanya. Amir telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.
 Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Amir daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?
  Ok me pun suspen juga ni, mana x nya me pun da married and belum ada tanda nak menimang cahaya mata.. Me dapat la menyelami jiwa Ameera tu kan.. Sob sob..

Credit to: www.budiey.com/sinopsis drama bersiri Ameera

Thursday, May 17, 2012

Tips - 6 cara untuk pertahankan cinta

Cinta
Bila ada tak di Hargai
Bila pergi di Rindui
Bila hilang di Tangisi

  Now, me nak cerita 'bout CINTA.. Apa ertinya cinta buat u olls? Me dah lalui bermacam cerita cinta.. Ada yang still kekal dalam ingatan, ada yang sengaja tak nak di ingat..
  Beruntungnya me bila kisah cinta me yang gagal semuanya cinta monyet (sorry, me x de la terkinja-kinja cam monyet).. Kisah cinta me ada yang dihalang orang tua lelaki, ada yang sebab orang ketiga, ada yang me sendiri yang jadi orang ketiga.. Cinta yang kekal hingga kini adalah cinta pertama me with seorang jejaka yang bernama Mohd. Hakimi.. encik Suami pun mengakui me adalah cinta pertama dia kerana cinta yang lalu sekadar persinggahan and pengaruh kawan (boleh erk gitu? whatever lah janji encik Suami dah sah jadi milik me)..
  Now me dah lalui semua proses kitaran hubungan berKENALan, berKAWAN, berCINTA, meRISIK, berTUNANG, meNIKAH, berSANDING & berTANDANG (mempunyai cahaya mata je belum de rezeki lagi, x pe baru 6 bulan).. Dugaan pun dah macam-macam yang dihadapi, but maybe coz jodoh kami kuat bagaikan #SuperHeroes so berkekalan hingga ke jinjang pelaminkan?

  Ada sesiapa nak share kitaran masa percintaan u olls? Kitaran masa hubungan me with encik Suami x menentu, ada masa pendek dan panjang..

           ♥♥  Kenal + Kawan ~ 4 May 2007 (9 bulan 16 hari)
           ♥♥  Couple + Cinta ~ 20 February 2008 (2 tahun 7 bulan 20 hari)
           ♥♥  Risik + Tunang ~ 10 October 2010 (1 tahun 1 bulan 1 hari)
           ♥♥  Nikah + Kahwin ~ 11 November 2011


  Ok, stop cerita pasal me.. Me nak share pasal tips kekalkan hubungan cinta u olls yang suka gaduh-gaduh minta putus or cerai tu..

1. Percaya
Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. Haa, mesti u olls pernah dengar bait lirik tu kan? Walaupun me x minat AF, me ambil contoh bait lirik tu as peringatan untuk me terus mempercayai encik Suami. Sometimes me memang ada rasa ragu-ragu with encik Suami (its normal when sometimes your boyfi x setia with you.. bagi me biar kantoi curang before married, jangan kantoi de cawangan lain lepas kahwin da lar.. tol x?)
2. Setia
Salah satu faktor untuk percintaan u olls berkekalan hingga ke akhirnya, InsyaAllah.. Bagi lelaki if diaorang curang x apa coz diaorang boleh kahwin sampai empat.. But if u olls yang perempuan curang, susah untuk boyfi u olls terima.. Silap haribulan time tu gak u olls kena tinggal.. (Cuba try if u olls x caya! hehehe)
3. Jujur
Please bersikap jujur with boyfi u olls.. Lelaki memang banyak yang suka cakap bohong dari berkata benar.. But u olls jangan la ikut teladan yang x baik plak.. Biar je boyfi u olls menipu, bila dia dah habis menipu u olls suarakan kebenaran yang u olls tau.. Biar boyfi u olls malu sendiri.. Me nasihat u olls x menipu coz boyfi u olls akan terus trap u as pembohong when diaorang buat kesalahan.. ungkit mengungkit akan berlaku yang pasti u olls yang paling teruk akan dipersalahkan.. (me amat beruntung coz encik Suami x dapat beza kebenaran or pembohongan from me.. coz anything I have a proof)
4. Mengalah
Ni salah satu perkara yang u olls mesti lakukan walaupun susah.. Its be'coz kaum-kaum boyfi ni teramat lah ego walaupun memang diaorang yang bersalahkan? If u olls sayangkan hubungan tu cara terbaik ialah mengalah.. Memang sukar, but tu yang buat boyfi u olls rasa u olls banyak berkorban perasaan untuknya.. (tu yang encik Suami cakap kat me)
5. Tabah
When your boyfi kantoi curang misalnya.. Me akui memang the first thing u olls akan buat ialah mengamuk.. For sure akan ada perang with pihak girl yang di sebelah sana.. But percaya lar, bukan tu yang me buat.. Sometimes when encik Suami kantoi ada girl lain bukan me yang siasat.. But girl tu yang akan muncul, contact me, x kenalkan diri and ask me who am i or apa hubungan me with encik Suami.. Tiap kali terjadinya perkara tu jawapan #SuperSpontan yang akan keluar dari mulut me adalah kami #HanyaKawan.. Selebihnya me akan adakan soal siasat with encik Suami.. Kesal and hati pun tercalar.. But me cuba untuk letakkan tahap kemarahan me seminimum mungkin.. (tabahkanlah hati mu, sesungguhnya dugaan percintaan tiada hentinya)
6. Sabar
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh boyfi u olls when da kantoi have another girl dia pergi pujuk rayu that girl and biar u sorang-sorang.. Mesti berbekas kat hati u olls kan? Then bila 2-3days or 1week lah senang cerita baru boyfi u olls pujuk u olls dengan alasan nak bagi u olls menenangkan hati and fikiran.. Agak kejam bila that girl contact u and bagitau boyfi u olls ada je dengan dia sepanjang 1 week yang boyfi biarkan u olls tu.. Me nasihatkan u olls nangis and lepaskan la semuanya, jangan di pendam.. Biar boyfi u olls tau apa yang tersimpan dalam hati u olls and if u olls still nak teruskan hubungan, bersabarlah sayang.. Kemenangan akan menjadi milik mu.. (finally, the best women always win!)

  Nampak mudah.. But jujur me bagitau me nak lakukan semua yang kat atas teramat amat amat lah susah! Haa, nampak x susahnya? hehehe.. But u olls kena praktikkan la if nak berkekalan.. Alhamdulillah, hubungan me berjaya ke jinjang pelamin.. Me harap u olls juga begitu.. Daa~♥

P/S: Zaman berCINTA dulu sibuk lar orang dengki-dengkikan bila me update pasal me & encik pakwe.. Ade lar yang nak mengata me desperate, batak sangat nak bagitau orang me ada pakwe.. Me malas nak gaduh me remove and blocked dia from #FB friend.. Me x perlu orang semak menyemak dalam hidup me.. So to perempuan yang nickname nya 'Betoz please go far away from my life.. No need to be talam with me! At least me x curang with boyfi & tunang sendiri, then menjalin cinta with hubby orang lain ok! (selit iklan luahan perasaan jap)
 

Simply aLya, simply Me.. Design By: SkinCorner